Mar 10, 2010

Lawatan ke Memorial Tun Razak




Pada 9 March 2010, para pelajar IS 222 seramai 50 orang telah melawat ke Memorial Tun Razak. Berdasarkan laman web Arkib Negara Malaysia, Memorial Tun Abdul Razak, telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 1982. Bangunan memorial ini pada asalnya adalah Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Abdul Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976. Bangunan ini telah dijadikan Memorial Tun Abdul Razak bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara.Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan beliau yang lebih dikenali sebagai “Bapa Pembangunan” dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 (1970 – 1976). Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tujuan lawatan diadakan ialah untuk memperkayakan para pelajar dengan fungsi arkib sebagai penyimpan memori negara, disamping itu para pelajar dapat menerokai khazanah warisan negara. Encik Saladin dari Unit Memorial Tun Razak telah memberikan taklimat kepada para pelajar serta dua orang pensyarah pengiring.

No comments: