ASTRO Rock Prima

ASTRO Rock Prima merupakan satu rancangan di saluran 105 Prima dimana ianya menampilkan kumpulan rock kapak yang dihimpunkan kembali untuk beraksi secara 'live' on stage. Saya amat meminati rancangan ini kerana ianya menampilkan kumpulan rock yang popular ketika zaman saya masih bersekolah. Selain dari household name seperti Wings, May, Search, BPR dan XPDC, banyak lagi kumpulan yang beraksi di ASTRO Rock Prima ini seperti Meditasi, Putra, U Topia. Saya masih ingat lagi kumpulan - kumpulan yang popular pada zaman itu iaitu :

Crossfire - Realiti dan Fantasi
Desire - kumpulan dari Kelantan, masih saya ingat album berjudul sumpitan senja
S.O.S - pecahan kumpulan Desire bersama vokalis Eury Khan, lagu popular Ke Pangkal Impian
CRK - Cita dan Air Mata
Teras - Secebis Kenangan
Putra - popular dengan lagu Nazira
U Topia - Mithali Cintaku
FTG - Behind The Wall
Sofea - Bunga Padang Pasir
XPDC - Apa lagi nak dikata

dan banyak lagi yang saya ingat-ingat lupa. Zaman rock ini lah yang menyebabkan saya berminat bermain gitar dan jamming dengan kawan-kawan. Sekarang ni dah pencen, gitar Jackson yang saya beli dengan harga hampir rm 2000 pun dah berkarat. Sering juga terdetik untuk 'menghidupkan' kembali gitar ini dengan menghantarnya ke kedai gitar untuk diservis tapi asyik tak sempat sahaja. Gadget yang saya beli iaitu Zoom 505 pun saya tak pasti samada masih menyimpan memori bunyi bunyi yang saya preset kan seperti metal distortion, chorus dan delay serta auto wah . Di saat menulis entry ini saya terpandang kotak Marshall Amp saya yang sudah hampir dua tahun tidak dikeluarkan isinya.

Masih teringat lagu-lagu kegemaran yang wajib dibawa ketika jamming dulu iaitu :
1. Terbang - Def Gab C (lagu intro)
2. When I Come Around - Greenday (juga lagu pemanas badan)
3. Hikayat Penuh Ranjau - Wings (ramai suka kami main lagu ni sebab tak banyak group yang suka jamming lagu ni)
4. Senapang Patah - XPDC (lagu penghujung, bila nak headbanging)
5. Enter Sandman - Metallica (jarang main)
6. Bazooka Penaka - Wings
7. Isi atau kulit - Search
8. Kejora - Search (takde double lead, selalunya single lead)
9. Biarkan Berlalu - Wings (lagu slow favourite)
10. Sweet Child O'Mine - GnR (lagu ni kalau nak impress orang baru, saya akan goreng intro dia)



Lebih kurang macam ni la bentuk gitar Jackson saya, dengan neck terbalik. Saya juga pernah buat show dengan students saya ketika annual dinner mereka tak salah saya tahun 2004 di Kelab Selangor, Shah Alam, main lagu Terbang dari kumpulan Gigi. Disitulah juga show saya yang pertama pada tahun 1995, iaitu show akustik dengan kawan-kawan, masa tu main lagu When Love and Hate Collide (Def Leppard)