Nescafe dan Maggi


Nescafe merupakan minuman kegemaran saya. Hampir setiap pagi saya akan meminum segelas Nescafe tarik, sebelum ini saya gemarkan teh o. Maggi pula merupakan makanan ruji saya sewaktu zaman belajar. Kini sesekali saya akan makan Maggi terutama bila terasa terlalu lapar di pejabat tetapi malas keluar untuk mencari makanan. (Saya mempunyai sedikit stok maggi di pejabat saya).

Apa yg menarik ialah kedua-dua Nescafe dan Maggi merupakan produk dari Nestle namun kebanyakan kita menggunakan nama Nescafe kepada sebarang jenis kopi susu dan juga menggunakan nama Maggi kepada sebarang mi segera yang terdapat di pasaran. Ini menunjukkan betapa hebatnya pengaruh jenama ini di dalam kehidupan kita. Keadaan ini dipanggil Generecized Trademark atau Brand Genericization.

Nestle merupakan syarikat makanan di Switzerland, lebih tepat lagi dari sebuah bandar bernama Vevey, yang terletak di tepi Tasik Geneva. Nestle diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestle dengan nama Farine Lactée Henri Nestlé Company. Nama Nestle sekarang terhasil apabila syarikat Farince Lactee Henri Nestle Company bergabung dengan syarikat Anglo-Swiss Milk Company pada tahun 1905.

Kopi segera Nescafe dipopularkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia Kedua. Di Indonesia, Maggi dihasilkan oleh syarikan tempatan bernama Indofood, yang mendapat lesen dari Nestle.

Face Mask Percuma

Sebagai langkah berjaga jaga, FPM telah mengedarkan face mask percuma kepada semua kakitangannya. Para pelajar FPM pula boleh mendapatkan face mask percuma mereka dari bilik MPP.
Sempena bulan ramadhan ini saya ucapkan selamat berpuasa pada semua. Satu langkah yang strategik untuk mengadakan Bazaar ramadhan dihadapan pintu masuk FPM kerana tidak perlu keluar dari Puncak untuk mendapatkan juadah berbuka.

Debat FPM

Pertandingan Akhir Debat Piala Dekan FPM telah berlangsung di bilik seminar pada hari Jumaat 21 Ogos 2009 jam 3 petang. Pertandingan yang julung julung kalinya itu telah berlangsung selama seminggu dan disertai oleh hampir 60 pelajar dari semua program di FPM.

Pertandingan akhir telah menemukan dua kumpulan dari IS220 dan tajuk yang didebatkan pada petang itu ialah 'Pengurusan Maklumat Teras Kejayaan Negara'. Juri pada petang itu ialah En.Azman Mat Isa (Timb Dekan) dan Pn.Aliza (KP IS222).

H1N1 lagi..

Hasil perbualan dengan warga fakulti termasuk pelajar, saya mendapati bahawa kebimbangan terhadap penularan wabak h1n1 semakin meningkat. Berikutan kebimbangan ini saya menerima pelbagai cerita yang disampaikan oleh beberapa orang pelajar, antaranya ialah kemungkinan UiTM Kelantan dan UiTM Segamat akan ditutup sekali lagi. Secara jujurnya saya langsung tidak mendapat sebarang berita tentang penutupan yang bakal berlaku.

Ketika tempat saya diawalkan cutinya, saya , menerima khabar bahawa kira kira 30 pelajar menghidap simptom seperti H1N1 dan 6 dikatakan positif. Disini saya ingin tegaskan bahawa ianya hanya khabar angin kerana saya berada di hadapan Timb Dekan Pelajar sewaktu beliau menelefon Pusat Kesihatan dan doktor di sana mengesahkan tiada kes positif berlaku di sini.


Walaupun kebimbangan semakin meningkat namun kesedaran seperti memakai 'face mask' masih kurang. Saya rasa bilangan warga Puncak yg memakai 'face mask' kurang dari 1 peratus.


Di saat saya menulis ini beberapa orang rakan sekerja telah diserang demam selsema. Ada di antara mereka yang baru pulih dari demam selsema. Saya risau kerana kami semua menggunakan 'centralized aircond', memudahkan untuk berjangkit.


Saya ada mendengar teori mengatakan bahawa virus h1n1 ini merupakan virus ciptaan dari negara kapitalis (virus makmal) di mana ia dihasilkan untuk meningkatkan penjualan ubat dan vaksin. Tiada bukti kukuh bagi dakwaan tersebut, mungkin pencipta teori dan mereka yang mempercayainya merupakan penggemar filem hollywood. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah bala dari Allah terhadap manusia kerana banyak melakukan kemungkaran dan kenyataan ini memang saya sokong sepenuhnya. Berkenaan dengan teori virus makmal, saya merupakan salah seorang yang percaya akan kebenarannya, bukan bermaksud bahawa saya obses filem hollywood. Perlu diperingatkan bahawa asas sesuatu filem hollywood juga adalah dari kejadian sebenar, cuma untuk maksud hiburan ia akan di'grand'kan.