Borang e-filing diperkenalkan oleh LHDN agar mereka-mereka yang dikenakan cukai pendapatan mengisi sendiri borang tersebut di laman web e-filing LHDN, dan kemudian terus upload file tersebut ke LHDN, tak perlu beratur panjang di saat saat akhir. Untuk makluman e-filing LHDN telah pun dibuka kepada orang ramai untuk mengisi e-borang tersebut. Boleh klik disini untuk ke laman web e-Filing LHDN atau terus ke https://e.hasil.gov.my/.
Mudah dan pantas jika kita masih mengingati password dan username pula adalah nombor MyKAD kita sendiri, dan jangan lupa talian internet juga perlu stabil dan kelajuannya memuaskan (saya hanya menggunakan Streamyx Wired 512KBPS). Saya pernah mengisi borang e-Filing di saat akhir iaitu 2-3 hari sebelum tarikh tutup dan kepantasan talian serta server LHDN ketika itu berada pada tahap yang merangkak-rangkak ibarat siput merayap atas garam. Ditambah pula dengan capaian internet di pejabat yang ibarat hidup segan mati lagi segan (kini tidak lagi kerana sudah diupgrade).
Bagi yang mempunyai anak, di ruangan pelepasan anak, pengisi cukai perlu berhati-hati kerana selain dari 'check' kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan' dan kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan di Bawah diri Sendiri (yang ini saya tak berapa ingat tapi lebih kurang begitulah ayatnya), pengisi cukai juga perlu 'check' kotak yang ada tulis x RM1000 sehinggalah keluar jumlah pelepasan anak RM 1000 (untuk seorang anak).
Saya mendapati di ruangan itu agak mengelirukan dan saya pernah melihat seseorang terlupa 'check' kotak X 1000 dan dia tidak dapat pelepasan RM 1000 untuk cukai pendapatan.
Cukai saya bertambah sekali ganda pada tahun ini berbanding tahun lepas, agak pelik kerana insurans pada tahun ini bertambah dan juga saya memasukkan bilangan anak.
No comments:
Post a Comment