Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Jan 12, 2010

2010 - Tembak Mati di Puncak Perdana

Satu kejadian tembak mati penjenayah berlaku awal pagi ini di hadapan UiTM Puncak Perdana. Menurut sumber, saya difahamkan dua orang penjenayah ditembak mati polis di atas bukit di hadapan UiTM Puncak Perdana. Tunggu sahaja laporan rasmi di media. Ketua Polis Selangor turut berada di tempat kejadian. Saya berada di lokasi di bawah bukit, ramai orang awam dan polis berpakaian preman turut berada di situ . Tak sempat nak ambil gambar.

Update dari Beria Harian Online.
SHAH ALAM: Polis menembak mati dua penjenayah dalam Ops Rantau di Puncak Perdana selepas bertembung dengan mereka, jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, identiti penjenayah terbabit belum dikenal pasti tetapi mengesahkan kedua-dua mereka adalah warga Indonesia.

Nov 13, 2008

Keganasan di Kuala Lumpur








Pemandu buat 'drift' kena belasah

  • Isnin, 10 November 2008 12 Zulkaedah 1429

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lima termasuk dua wanita cedera dibelasah sekumpulan lelaki sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Loke Yew di sini, awal pagi semalam, kerana didakwa melakukan provokasi.

Kejadian jam 4 pagi itu dikatakan berpunca apabila pemandu Proton Iswara hitam yang tidak berpuas hati dengan kesesakan akibat kemalangan itu memandu secara berbahaya sambil membunyikan hon berulang kali.

Pemandu itu turut didakwa melanggar sebuah kereta yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian sehingga mencetuskan kemarahan kumpulan lelaki terbabit yang kemudian memecahkan cermin belakang keretanya sebelum dia beredar.

Bagaimanapun, pemandu itu dikatakan berpatah balik kira-kira setengah jam kemudian dan sekali lagi melakukan aksi berbahaya termasuk 'drift' di lokasi sama sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta.

Pemandu itu kemudian cuba melarikan diri dengan memandu ke arah Jalan San Peng kira-kira 30 meter dari tempat kemalangan, sebelum dikepung kumpulan berkenaan.

Kumpulan lelaki terbabit kemudian dikatakan merosakkan kereta itu menggunakan topi keledar, kayu dan batu sebelum menarik pemandu dan empat penumpang kenderaan itu keluar dan membelasah mereka.

Difahamkan, tiga daripada mangsa termasuk seorang perempuan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Sulaiman Salleh, ketika dihubungi bagaimanapun berkata tiada sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Terdahulu, dalam kemalangan itu, seorang pembonceng motosikal maut manakala empat lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan berhenti mengejut di tengah jalan.

Syed Mohd Shahrizal Syed Sahari, 21, yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan 23 November ini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.



Oct 20, 2008

Pergaduhan dan Kecekapan Polis

Saya telah memperolehi rakaman video tentang satu insiden pergaduhan yang dipercayai berlaku di Bintulu. Di dalam pergaduhan ini boleh dilihat seorang lelaki di libas dengan parang. Namun apa yang saya ingin tekan kan di sini ialah kecekapan polis untuk menangani insiden ini. Ini merupakan antara rakaman video insiden pergaduhan di Malaysia yang paling lengkap pernah saya jumpai kerana ianya memaparkan permulaan pergaduhan sehingga segala-galanya berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Terdapat beberapa versi kisah pergaduhan ini dimana ada yang mengatakan bahawa ianya adalah pertempuran di antara dua kumpulan iaitu Indon dan orang tempatan.


Jenayah ada dimana-mana.

Video ini boleh dilihat di sini (Youtube)