Kemalangan




Encik Md Khir Johari, pensyarah kanan program IS220 telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya pada hari Khamis 20 November 2008. Kejadian berlaku di simpang hadapan pangsapuri Resak, Puncak Perdana pada jam 3.45 petang apabila sebuah kereta Kancil yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan sebuah IPTS di Shah Alam memandu melulu untuk memasuki simpang sehingga menyebabkan kereta yang dipandu oleh Encik Md Khir tidak sempat mengelak. Encik Md Khir terselamat dalam kejadian tersebut tanpa sebarang kecederaan begitu juga dengan pemandu kereta Kancil. Kerosakan kereta Encik Md Khir dianggarkan sekitar RM 10,000. Antara yang berada ditempat kejadian ialah Encik ASO dan Puan Yati Husin (221), Encik Nizam, En Kamarul Azwan dan En Ahmad Zam (222), En Husain (223), En Ahmad Nazri (PhD), En Izhar (Staf Pentadbiran FPM) dan En Ali (Bendahari Puncak Perdana). Berhati - hati di jalan raya

Toyota Altis milik Encik Md Khir remuk dalam kejadian semalam


Kereta Kancil berpusing tiga kali sebelum tersadai atas bahu jalan






Keganasan di Kuala Lumpur








Pemandu buat 'drift' kena belasah

  • Isnin, 10 November 2008 12 Zulkaedah 1429

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lima termasuk dua wanita cedera dibelasah sekumpulan lelaki sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Loke Yew di sini, awal pagi semalam, kerana didakwa melakukan provokasi.

Kejadian jam 4 pagi itu dikatakan berpunca apabila pemandu Proton Iswara hitam yang tidak berpuas hati dengan kesesakan akibat kemalangan itu memandu secara berbahaya sambil membunyikan hon berulang kali.

Pemandu itu turut didakwa melanggar sebuah kereta yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian sehingga mencetuskan kemarahan kumpulan lelaki terbabit yang kemudian memecahkan cermin belakang keretanya sebelum dia beredar.

Bagaimanapun, pemandu itu dikatakan berpatah balik kira-kira setengah jam kemudian dan sekali lagi melakukan aksi berbahaya termasuk 'drift' di lokasi sama sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta.

Pemandu itu kemudian cuba melarikan diri dengan memandu ke arah Jalan San Peng kira-kira 30 meter dari tempat kemalangan, sebelum dikepung kumpulan berkenaan.

Kumpulan lelaki terbabit kemudian dikatakan merosakkan kereta itu menggunakan topi keledar, kayu dan batu sebelum menarik pemandu dan empat penumpang kenderaan itu keluar dan membelasah mereka.

Difahamkan, tiga daripada mangsa termasuk seorang perempuan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Sulaiman Salleh, ketika dihubungi bagaimanapun berkata tiada sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Terdahulu, dalam kemalangan itu, seorang pembonceng motosikal maut manakala empat lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan berhenti mengejut di tengah jalan.

Syed Mohd Shahrizal Syed Sahari, 21, yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan 23 November ini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.



Musim Peperiksaan 2008

Selamat menghadapi peperiksaan 2008. Kepada pelajar-pelajar saya yang datang untuk minta tips, nasihat saya, bacalah semua kerana semuanya akan keluar di dalam peperiksaan.

Peperiksaan akan berakhir pada 18 November 2008. Saya akan menyertai kursus 3P bukan sebagai pengajar, tetapi sebagai pelajar dari 24 November 2008. Bersama - sama saya ialah En.ASO, Encik Azmi, Encik Nazri PhD dan Timbalan Dekan Encik Mustafa Darimi