Cuti Pertengahan Semester Di Awalkan


Saya baru menerima pekeliling rasmi Bilangan 13/2009 bahawa cuti pertengahan semester UiTM akan dipercepatkan bermula 27 Julai hingga 2 Ogos untuk menangani penularan wabak Influenza A H1N1. Memang terdapat beberapa kes pelajar-pelajar yang menunjukkan simptom H1N1 di tempat saya namun tidak dapat dipastikan samada mereka ini positif H1N1 kerana pada ketika ini juga terdapat viral fever yang menyerang ramai orang. Hanya kampus UiTM Melaka sahaja yang tidak ditutup minggu hadapan kerana dikira telah mengambil cuti pertengahan semester semasa penutupan kampus selama seminggu baru baru ini.

Cuti pertengahan semester pada sesi ini pada perancangan asal ialah pada minggu hari raya puasa bagaimanapun dengan langkah mempercepatkan cuti semester, ada kemungkinan seluruh warga UiTM akan bercuti hari raya selama dua hari sahaja.

Laman Web Baru FPM

Laman web baru FPM telah mula beroperasi dan boleh diakses di URL http://fim.uitm.edu.my .