Produk Susu dari China Tercemar


Kita dikejutkan dengan berita bahawa produk susu dari China tercemar. Jika kita sangka bahawa pencemaran ini hanya ada dalam air susu, kita tersilap. Sebenarnya banyak produk yang boleh dicemari seperti biskut, aiskrim dan mentega. Tapi, apa sebenarnya yang berlaku?

Berikut merupakan sedikit penerangan dari laman web Kementerian Kesihatan mengenai kes produk susu dari China yang tercemar. Pencemaran ini adalah disebabkan wujudnya kandungan bahan berunsur Melamine di dalam susu.

Apa itu Melamine?
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam
semua makanan.

Kenapa Melamine dikesan di dalam susu dan menjadikannya bahaya?
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Ini adalah salah dari segi undang - undang. Saya melihat ini dari sudut ingin keuntungan yang berlipatganda dengan cara menipu orang ramai.

Apa kesannya kepada manusia?
1. kerosakan pada sistem pembiakan
2. pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi
kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal
terutamanya kepada bayi.

Perlu satu pemantaun kepada bayi terutama apabila bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah dan tekanan darah tinggi kepada bayi.

Apakah contoh produk yang mengandungi susu dan sekaligus boleh mendedahkannya kepada melamine ?
i. Susu skim (susu tanpa lemak)
ii. Susu pasteur
iii. Susu UHT
iv. Susu berperisa
v. Susu tepung krim
vi. Susu tepung skim
vii. Susu sejat
viii. Susu pekat manis
ix. Mentega
x. Keju
xi. Ais krim
xii. Yogurt
xiii. Ghee (minyak sapi)

Setakat ini, maklumat yang didapati di laman web Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa risiko di negara kita adalah kurang kerana negara kita tidak mengimport terus susu dan susu tepung dari China, bagaimanapun mungkin produk - produk yang diimport dari negara lain menggunakan hasil susu dari China.

Senarai produk yang disahkan tidak mengandungi Melamine boleh didapati di laman web http://fsq.moh.gov.my/modules/news/ dan juga laman web http://fsis.moh.gov.my/fqc/
Senarai tersebut akan diupdate setiap hari.

Buat masa ini, produk di dalam gambar di atas merupakan antara produk yg disahkan mempunyai Melamine setelah diperiksa oleh pihak berkuasa Singapura. Nama produk ini ialah WHITE RABBIT CREAMY CANDY. Di bawah merupakan kenyataan larangan yang saya ambil dari laman web Food Safety Information System of Malaysia.

23 September, 2008

To all importers / agents,

As a result of a positive detection of melamine in White Rabbit Creamy Candy from China found by Agri-Food and Veterinary Authority (AVA), Singapore, Ministry of Health is imposing a ban towards any importation of this product.

Therefore, a Level 6 (Auto Rejection) Examination Level through FoSIM will be imposed for White Rabbit Creamy Candy from China immediately.

The particulars of the product are as follows:-
a). Product: White Rabbit Creamy Candy
b). Exporter: Shanghai Guan Sheng Yuan Food Ltd,
Shanghai Guan Sheng Yuan Food General Factory,
No. 220, Cao Bao Road, Shanghai, China
c). Importer: BB Foods & Toy Trading,
No. 20A, Jalan Kelewang,
Taman Sri Tebrau,
80050 Johor Bahru, Johor.

All importers / agents are restricted from importing White Rabbit Creamy Candy from China for the time being.

Ceramah Penyediaan SIM


Pada hari Rabu 10 September 2008, satu ceramah mengenai penyediaan modul SIM telah diadakan di bilik seminar FPM dan dihadiri oleh para pensyarah. Ceramah yg diberikan oleh pihak INED, UiTM ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pensyarah teknik menyediakan modul SIM. Ini adalah penting kerana pihak Fakulti mempunyai cadangan untuk memperkenalkan mod pembelajaran melalui e-PJJ kepada peringkat Sarjana Muda. Buat masa sekarang, hanya Sarjana Pengurusan Maklumat dan Diploma sahaja yang mempunyai mod ini. Mod e-PJJ membolehkan seseorang itu belajar secara online sahaja dan akan menghadiri kelas (lebih selesa dipanggil seminar) sebulan sekali. Mod pembelajaran ini amat sesuai untuk mereka yang telah bekerja/bekerja luar Selangor.