Feb 12, 2018

Bola Minggu Ini : Sedikit Ulasan

Tahun ini, pembaharuan dilakukan dimana hampir semua game MSL disiarkan secara live, samada secara streaming atau menerusi siaran TV. Secara jujur, pada hari pertama siaran secara streaming, agak kelam kabut server dibuatnya. Mana tak, bilangan pengguna ramai. Penyedia streaming tidak menjangka orang Malaysia suka streaming. Silap-silap pengguna dari luar negara pun ada terutamanya rakyat Malaysia yang berhijrah, belajar atau bekerja di sana.

Apa-apa pun, saya yang stream menggunakan wifi Unifi 50Mbps pun tak berpuas hati dengan kualiti. Saya cuba stream guna set top box Unifi dan TV, guna cable, pun sama. Gamba tak smooth. Apa-apa pun kualiti dapat dilihat perlahan-lahan semakin baik.

Semoga segalanya bertambah baik dari semasa ke semasa.