Aug 30, 2009

Nescafe dan Maggi


Nescafe merupakan minuman kegemaran saya. Hampir setiap pagi saya akan meminum segelas Nescafe tarik, sebelum ini saya gemarkan teh o. Maggi pula merupakan makanan ruji saya sewaktu zaman belajar. Kini sesekali saya akan makan Maggi terutama bila terasa terlalu lapar di pejabat tetapi malas keluar untuk mencari makanan. (Saya mempunyai sedikit stok maggi di pejabat saya).

Apa yg menarik ialah kedua-dua Nescafe dan Maggi merupakan produk dari Nestle namun kebanyakan kita menggunakan nama Nescafe kepada sebarang jenis kopi susu dan juga menggunakan nama Maggi kepada sebarang mi segera yang terdapat di pasaran. Ini menunjukkan betapa hebatnya pengaruh jenama ini di dalam kehidupan kita. Keadaan ini dipanggil Generecized Trademark atau Brand Genericization.

Nestle merupakan syarikat makanan di Switzerland, lebih tepat lagi dari sebuah bandar bernama Vevey, yang terletak di tepi Tasik Geneva. Nestle diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestle dengan nama Farine Lactée Henri Nestlé Company. Nama Nestle sekarang terhasil apabila syarikat Farince Lactee Henri Nestle Company bergabung dengan syarikat Anglo-Swiss Milk Company pada tahun 1905.

Kopi segera Nescafe dipopularkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia Kedua. Di Indonesia, Maggi dihasilkan oleh syarikan tempatan bernama Indofood, yang mendapat lesen dari Nestle.

2 comments:

loly blurbs said...

saudara sy ada soalan..
saudara pelajar fpm??program apa??
sy beminat nk apply salah satu program dari fpm.tapi perlu sedikit informasi...

Mr Nizam said...

yes.. i'm from FPM... anda boleh email saya soalan anda ke mohd.nizam.yunus @gmail.com ataupun nizamyunus @ yahoo.com