Aug 18, 2009

H1N1 lagi..

Hasil perbualan dengan warga fakulti termasuk pelajar, saya mendapati bahawa kebimbangan terhadap penularan wabak h1n1 semakin meningkat. Berikutan kebimbangan ini saya menerima pelbagai cerita yang disampaikan oleh beberapa orang pelajar, antaranya ialah kemungkinan UiTM Kelantan dan UiTM Segamat akan ditutup sekali lagi. Secara jujurnya saya langsung tidak mendapat sebarang berita tentang penutupan yang bakal berlaku.

Ketika tempat saya diawalkan cutinya, saya , menerima khabar bahawa kira kira 30 pelajar menghidap simptom seperti H1N1 dan 6 dikatakan positif. Disini saya ingin tegaskan bahawa ianya hanya khabar angin kerana saya berada di hadapan Timb Dekan Pelajar sewaktu beliau menelefon Pusat Kesihatan dan doktor di sana mengesahkan tiada kes positif berlaku di sini.


Walaupun kebimbangan semakin meningkat namun kesedaran seperti memakai 'face mask' masih kurang. Saya rasa bilangan warga Puncak yg memakai 'face mask' kurang dari 1 peratus.


Di saat saya menulis ini beberapa orang rakan sekerja telah diserang demam selsema. Ada di antara mereka yang baru pulih dari demam selsema. Saya risau kerana kami semua menggunakan 'centralized aircond', memudahkan untuk berjangkit.


Saya ada mendengar teori mengatakan bahawa virus h1n1 ini merupakan virus ciptaan dari negara kapitalis (virus makmal) di mana ia dihasilkan untuk meningkatkan penjualan ubat dan vaksin. Tiada bukti kukuh bagi dakwaan tersebut, mungkin pencipta teori dan mereka yang mempercayainya merupakan penggemar filem hollywood. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah bala dari Allah terhadap manusia kerana banyak melakukan kemungkaran dan kenyataan ini memang saya sokong sepenuhnya. Berkenaan dengan teori virus makmal, saya merupakan salah seorang yang percaya akan kebenarannya, bukan bermaksud bahawa saya obses filem hollywood. Perlu diperingatkan bahawa asas sesuatu filem hollywood juga adalah dari kejadian sebenar, cuma untuk maksud hiburan ia akan di'grand'kan.

No comments: