Apr 24, 2011

Kemalangan Maut Di Guthrie Corridor Expressway ketika majlis Sarakids

Saya berada di Denai Alam Recreation and Riding Club kerana menghadiri majlis anjuran Sarakids ketika kemalangan ini berlaku. Lokasi kemalangan ialah di Guthrie Corridor Expressway betul-betul berhadapan dengan Denai Alam Recreation and Riding Club. Saya ada mendengar bunyi siren kira-kira 11.45 pagi namun tidak menyangka sesuatu yang buruk sedang berlaku berhampiran. Ketika kami beransur pulang kira-kira jam 12.30, saya melihat begitu banyak kenderaan berhenti di Guthrie Corridor Expressway. Pada mulanya saya menyangka terdapat Ops Trafik namun telahan meleset apabila tiba di tempat kejadian. Kelihatan dua mayat telah ditutup, satu ditengah-tengah laluan menghala ke Shah Alam dan satu lagi berada betul-betul berhampiran divider tengah di laluan menghala ke Rawang. Tidak dipastikan bagaimana kejadian berlaku namun saya percaya ianya melibatkan penunggang motosikal, mungkin superbike.



Lokasi Kemalangan Di Hadapan.


Salah satu mayat mangsa kemalangan.

UPDATE : Hanya seorang sahaja mangsa yang terlibat dan dipercayai dari . Mangsa menunggang motosikal R1. Dua bungkusan mayat yang saya lihat sebenarnya sebahagian badan mangsa yang telah putus kakinya. Sebelah badan mangsa berada di laluan menghala ke Shah Alam, sementera kaki yang putus pula berada di laluan menghala ke Rawang.

Di bawah merupakan posting dari http://superbikemalaysia.com/topic/5060845/1/. Terdapat juga gambar kemalangan yang agak mengerikan di forum terbabit.

Kejadian berlaku dalam jam 11:45, di Guthrie Express Way, 1 km daripada exit Bukit Subang menghala ke selatan. Mengikut pihak polis Motor R1 plate Singapore, nama mangsa Asrol, mengikut saksi disitu tetapi tidak dapat kepastian kerana saya tidak dapat kad pengenalan dia.

Motor dipercayai hilang kawalan, selepas 2 km dari Tol Bukit Jelutung menghala Rawang, mengikut polis. Mangsa terlanggar sedikit bonggol (jalan tak rata) di Highway, di selekoh selepas 2km TOL dan hilang kawalan. Motor Tercampak dekat 1.5KM dan mayat berada dalam 200 mtr sebelum motor.

Mangsa mati ditempat kejadian, tercampak di laluan bertentangan, kedua kaki putus, dan berada di jalan Shah Alam Rawang, Badan di Rawang Shah Alam.

Sebelah kaki dijumpai, atas jalan sebelah lagi.. masih di cari.

Update #2 dari forum yang sama.
Mangsa Asrol, daripada Taman Saujana Utama, Taman Seri Pagi. Motor baru dibeli.

1 comment:

Wak Dayak said...

saya ada kat sana pada waktu tu.. patut la nampak pelik body yang terbaring.. rupa-rupanya...