Salam…
Tajuk diatas sudah menerangkan kenapa blog saya sudah lama tidak diupdate.Mei 2011 merupakan bulan yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit. Sebulan lamanya PhD saya tergendala walaupun admitted ke KPJ Shah Alam cuma 5 hari, namun kesannya menjangkau hampir sebulan.
Denggi penyebab saya dimasukkan ke hospital. Platelet terendah adalah 34. Tiga hari di rumah menahan demam sehingga 40 Celsius. Lima hari seterusnya di KPJ Shah Alam. Nasib baik ada insurans Cuepacs Care. Nanti saya kisahkan keseluruhan insiden denggi yang bukan sahaja menyebabkan saya terlantar di hospital, malah ramai jiran-jiran saya turut terlantar, secara purata selama tiga minggu dalam bulan Mei ini, seorang akan dimasukkan ke hospital setiap hari.
No comments:
Post a Comment