Mr Nizam, pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Perdana
Jun 10, 2010
Apabila Kapal Kargo Takde 'Job'
Pictures above taken from multiple sites, here and here.
Kisah ini tiada kena mengena dengan FPM dan yang sewaktu dengannya, cuma sekadar ingin berkongsi pengetahuan sahaja.
Apabila ekonomi mula merundum dan penghantaran barang-barang kargo untuk dieksport/import mula menurun, secara tidak langsung kapal kargo akan berkurangan jumlah pelayarannya. Contohnya, jika dalam sebulan 10 kali belayar, mungkin apabila ketika ekonomi gawat, 10 bulan sekali baru belayar.
Persoalannya, apa yang kapal-kapal ini lakukan? Saya difahamkan dari satu sumber bahawa kos untuk melabuhkan kapal secara statik di pelabuhan adalah mahal lebih lebih lagi jika ianya di'parking' berbulan-bulan. Di tambah dengan ketiadaan 'job', mana hendak dicari duit untuk bayar 'parking'.
Jadi, menurut sumber saya ni, kapal-kapal kargo ni akan 'parking' beramai-ramai di tengah-tengah laut, lebih tepat lagi di perairan antarabangsa kerana tiada mana-mana pihak yang boleh menghalau mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos 'parking' di pelabuhan. Saya tidak tahu akan berapa bayaran 'parking' yang dikenakan di pelabuhan, tapi yang pasti bukan RM 1 atau RM 2 sejam.(update :dengarnya boleh mencecah RM 100k - 150k sehari!)
Kisah mengenai hal ini boleh dibaca di sini.
Apa yang menariknya, menurut sumber saya, kapal-kapal ini akan ditinggalkan dengan hanya beberapa orang anak kapal untuk menjaga kapal dari dicerobohi lanun, sementara anak-anak kapal yang lain akan pulang ke darat (mungkin tidak dibayar gaji kerana tiada 'job'). Menurut sumber saya lagi, apabila semakin berkurangan kapal yang 'free parking' di tengah laut, semakin meningkat lah keadaan ekonomi semasa.
Saya sendiri pernah terlihat lampu-lampu kapal besar yang banyak ditengah laut di kawasan Johor namun ketika itu saya hanya menyangkakan ia hanya segerombolan kapal kargo biasa, tak tau pulak itu semua kapal-kapal yang tengah berlabuh di tengah laut untuk 'free parking'. Kalau nak tengok, di kawasan Teluk Ramunia ada banyak kapal 'free parking'. Sekarang ni tak tau la ada lagi ke tidak.
Untuk maklumat lanjut, boleh google 'Ship Lay Up' atau 'Cargo ship lay up'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment