Feb 20, 2010

Kisah Misteri di UiTM

Sejak saya masuk belajar di ITM tahun 90-an sehingga lah saya graduate dan bekerja kembali di ITM yg ketika itu telah bertukar status menjadi Universiti, bermacam kisah misteri yang sering saya dengar samada dari kakitangan ataupun dari pelajar (lebih banyak kisah misteri dari pelajar). Kalau nak dikira, berpuluh kisah telah menjadi habuan telinga saya. Apa yang saya perhatikan, sejak zaman saya bergelar student lagi sehinggalah bergelar ahli akademik, kisah misteri lebih hangat dihidangkan ketika zaman hujung semester, iaitu ketika zaman student sibuk dengan DeadLine assignment dan final exam.

Kisah klasik zaman ITM ialah kisah student sedang khusyuk study di dalam biliknya di kolej dan tiba tiba disapa oleh seorang tua berbasikal bertanyakan arah ke menara ITM, dan setelah ditunjuk arahnya, lelaki tua itu pun beredar, namun beberapa ketika barulah student tersebut tersedar bahawa biliknya di tingkat atas dan pakcik tersebut ketika bertanyakan arah Menara pula berada di luar tingkap berhadapan meja study.

Satu lagi kisah klasik ialah the Green Lady di Kolej Perindu. Menurut kisah yang diperturunkan dari satu generasi student ke satu lagi generasi student, Green Lady ni pelajar wanita yang bunuh diri dalam bilik kolejnya dan bilik kolej tersebut telah pun ditutup.

Kisah klasik yang ketiga pula ialah orang minyak dan kemunculannya hanya di kolej siswi di mana akan ada siswi yang berjaya di'usik'.

Kisah keempat, kisah lif di Menara juga menyeramkan di mana ramai yang mengatakan bahawa lif tengah dan lif hujung berhantu.

Ini semua kisah kisah klasik misteri ketika zaman saya menjadi pelajar. Satu kisah menarik sebelum saya menjadi pelajar di ITM ialah mengenai seorang pelajar yang berkongsi bilik dengan seorang 'pelajar' misteri di mana pelajar ini hanya ada di bilik pada waktu malam. Setelah seminggu berkongsi bilik dengan pelajar ini, pada suatu malam rakannya ternampak pelajar ini 'memanjangkan' tangan untuk menutup suis lampu dan keesokannya rakan pelajar ini yang diberitahu oleh pihak Kolej bahawa hanya dia seorang sahaja yang duduk di bilik tersebut.

Mungkin ada lagi kisah-kisah misteri yang menjadi habuan telinga saya ketika itu namun kisah diatas merupakan yang paling TOP.

Persoalannya, jika ditanya siapa sebenarnya yang mengalami kejadian itu, jawapan yang sememangnya telah menjadi piawaian rasmi ialah antaranya :-

1. Kawan kepada kawan
2. Classmate kakak/abang/sepupu
3. Pak guard bagitau
4. Lecturer cerita dalam kelas

Semuanya adalah sumber sekunder, tiada sumber asal. Ada juga cerita yang telah digarap. Saya sendiri pernah melihat bagaimana rakan-rakan saya mereka reka cerita tentang seorang rakan sebilik mereka yang hilang disorok bunian dan kemudiannya dipulangkan kembali. Kisah ini tersebar luas di dalam ITM ketika itu sehinggalah rakan mereka yang didakwa disorokkan bunian itu dikembalikan oleh ustaz (kononnya). Tembelang pecah apabila saya melihat sendiri rakan sebilik yang hilang ini pulang ke koleh sekitar selepas jam 12 tengah malam berjalan kaki membawa beg dan terpaksa bersoal jawab dengan pengawal keselamatan. Nak dijadikan cerita keesokannya rakan-rakan yang menghebahkan kisah bunian ini terjumpa saya dan menceritakan bagaimana rakan mereka dibawa pulang oleh ustaz sehingga ke depan bilik dan ustaz menasihatkan agar menjaga tertib ditakuti bunian akan bertindak ganas. Ketika itu dah ramai rakan di kolej yang mengetahui kisah rakan disorok bunian ini dipulangkan kembali hasil usaha Ustaz. Saya yang mula pelik bertanya pada rakan-rakan tadi, memberitahu yang saya nampak rakan mereka yang disorok bunian itu pulang dan bersoal jawab dengan pengawal (kerana tingkap bilik saya berhadapan dengan pintu masuk kolej). Apabila mendengar apa saya lihat malam tadi, rakan-rakan saya itu berpandangan sesama sendiri dan kemudian salah seorang dari mereka kemudian sambil tersengih sengih memberitahu sebenarnya semua kisah bunian adalah palsu, rakan yang didakwa disorok bunian itu sebenarnya pulang ke kampung kerana ada urusan kecemasan (saya dah lupa tengah urusannya), rakan-rakan pun mengambil kesempatan untuk mereka reka satu cerita bersifat HOAX, sempat mereka berbisik supaya saya merahsiakannya.

Bila saya sudah bergelar pengajar pula, ingatkan kisah-kisah misteri ini tidak akan menjadi habuan telinga, rupa-rupanya masih lagi saya diperdengarkan dan kali ini lengkap dengan nama orang yang mengalaminya dan tempat kejadiannya sekali. Saya tidak ambil peduli benda-benda ini sehinggalah saya sendiri mengalami beberapa kejadian pelik iaitu :-

1. Di Pejabat FPM lama di Tingkat 4, Menara (satu kejadian)
2. Di FPM Bangunan Akademik Tiga, main campus. (dua kejadian)

Namun, setelah mengalami kejadian pelik tersebut, saya masih tidak ambil peduli tentang benda-benda ini sehingga sekarang. Alhamdulillah di Puncak Perdana keadaan aman sekali walaupun saya selalu mendengar pelbagai kisah seperti pontianak di dalam tandas, namun saya tak pernah sekali pun terkena ketika di Puncak Perdana mungkin kerana saya pun tidak ambik peduli.

Akan saya ceritakan apa tiga kejadian di atas dalam next entry saya....

3 comments:

hushuss said...

En. Nizam, tolong cerita 3 kejadian tu cepat...suspen ni...hehe

blog-tips-kurus said...

Green lady masuk itm juga ye?

Anonymous said...

Setahu mokcik, yg Green Lady tu,tmpt dia ialah di UiTM Jln Othman, PJ. Konon dia bunuh diri sbb mengandung luar nikah dan boypren tk mau bertanggungjwb.Jadi dia bunuh diri dan waktu tu pakai baju hijau.
Us. Harun Din (allahyarham) pernah verify akan ada 'gangguan' di situ. Tp si Baju Hijau cuma mengganggu mlm2 tertentu saja.
Caranya, terdgr bunyi gelang kaki,dia ber'humming' perlahan dan kadang2 menangis.
Sesekali, budak2 pompuan yg berambut pjg akan rasa rambut mcm 'diusap' oleh tgn sejuk yg tk kelihatan
Itulah yg mokcik dengar, sbb salah sorang yg pernah menggigil ketakutan ialah kakak mokcik.Tahun 1988. Gitulah ceritanya.Bye