Jan 10, 2009

Program Pemantapan Siswa

Program pemantapan siswa untuk pelajar baru fakulti telah selesai dijalankan dari hari Rabu 7 Januari 2009 sehingga petang Jumaat 9 Januari 2009. Program berkenaan terbahagi kepada dua sesi iaitu pada hari Rabu untuk pelajar lepasan diploma fakulti dan hari Khamis serta Jumaat untuk pelajar lepasan STPM. Program ini dirasmikan oleh Tuan Dekan Prof.Madya Dr Adnan Jamaludin dan beliau juga memberikan taklimat selama satu jam kepada semua pelajar yang menyertai program tersebut.

Program ini secara keseluruhannya telah memberi manfaat kepada pelajar lepasan diploma fakulti agar dapat berinteraksi dengan lebih berkesan sesama mereka. Ia juga berjaya menghapuskan jurang yang mungkin wujud kerana mereka ini datang daripada kampus cawangan yang berbeza. Sementara untuk pelajar lepasan STPM, program ini memberikan pendedahan tentang teknik pembelajaran di universiti. Selain itu, pelajar lepasan STPM juga diberi latihan untuk menyesuaikan diri dengan fakulti dan juga kampus Puncak Perdana.

Tahniah kepada Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar, En.Azman Mat Isa kerana melaksanakan program ini. Juga tahniah diberikan kepada pensyarah kanan IS220, En.Azmi Ab Rahman kerana menjadi orang kuat untuk program ini. Pensyarah-pensyarah fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah En.Ahmad Soufiean, En.Ahmad Nazri, Puan Lisa, Puan Hasnah Hashim dan Puan Norhayati Husin dari IS221, En. Kamarul Azwan dan En.Nizam dari IS222, En.Mustafa Darimi (IS223) dan En.Muhammad Adnan (Kaunselor). Dr Noorman Masrek (IS221) dan En.Abd Rahman Ahmad (IS222) pula bertindak sebagai penceramah pada hari Jumaat. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang membantu terdiri dari pihak IMSA (Information Management Student Association) dan juga PERFACT yang bertindak sebagai fasilitator pelajar.

No comments: