KUALA KRAI 30 Nov. - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan terbunuh setelah kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di kilometer 107 Jalan Kota-Bharu Gua Musang 4.20 petang ini.
Mereka yang terbunuh dalam nahas ketika hujan itu ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56, Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33, Anidah Mohamad, 55, dan Munirah Mohamad,44.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu setelah selesai urusan tugas di Kuala Kumpur. Kesemua mereka meninggal di tempat kejadian. - Utusan
Gambar dari Berita Harian Online
-- menurut En Azmi, pensyarah kanan program IS220, arwah Munirah Mohamad merupakan rakan sekelasnya ketika di ITM, sementara arwah Nik Farah serta Anidah juga merupakan graduan program kita ketika zaman ITM. Al Fatihah .
2 comments:
Salam
Kita sama2 sedekah Al Fatihah kepada semua yg pulang ke Rahmatullah dalam kemalangan tu.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Amin
Al-Fatihah buat mereka semua. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Zura kenal arwah Nik Farah tu and arwah Puan Anidah..pernah jumpa masa conference. Arwah muniroh tu rasanya batch my sis.
Post a Comment