Jul 16, 2008

Fotografi


Hobi baru saya ialah fotografi. Ianya bermula secara kebetulan apabila isteri saya berminat dengan bentuk kamera DSLR. Saya kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang perbezaan DSLR dan kamera digital lama saya iaitu Sony Cybershot dan mendapati beberapa perbezaan yang ketara terutama dari segi kualiti gambar.

Saya pernah mendengar ungkapan photo speaks a thousand words. Bagi saya, sekeping foto itu boleh memberikan kita pelbagai kisah dan maklumat. Saya sendiri gemarkan bahan bacaan yang bergambar, dan kita suka melihat gambar - gambar yang cantik. Kadangkala, sesuatu pemandangan yang sering kita lihat di hadapan kita, akan menjadi luar biasa jika kita bijak menggambarkannya melalui kamera.

Berbalik kita kepada DSLR ini, seorang rakan mengungkapkan kepada saya, 'Selamat Datang ke Hobi Yang Mahal'. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa beliau merujuk kepada kamera DSLR yang rata-ratanya berharga RM 2000 ke atas. Namun setelah memiliki DSLR, baru lah saya sedar bahawa aksesorinya mahal-mahal belaka. Lensanya boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Kit Lense ataupun Lensa yang diberikan kepada saya ketika membeli kamera memang sudah cukup bagus untuk mengambil kebanyakan gambar, namun jika saya ingin mengambil gambar kandid, saya perlukan lensa yang lebih panjang dan harganya juga mahal. Dan jika saya ingin pula mengambil gambar makro, terpaksalah membeli lensa lain yang berharga ratusan atau ribuan ringgit.

No comments: