Oct 8, 2009

Kemalangan Maut Di Lampu Isyarat Puncak Perdana


Satu kemalangan maut berlaku kira-kira jam 6.30 petang tadi berhampiran lampu isyarat Puncak Perdana. Saya diberitahu oleh beberapa orang di tempat kejadian bahawa mangsa merupakan seorang lelaki melayu dalam lingkungan lewat 40 atau awal 50-an menunggang motosikal Yamaha bernombor plet WKF atau WFK 1100. Mangsa dikatakan terlanggar sebuah lori yang dikatakan diletakkan di tepi jalan sejak pagi tadi.

Menurut saksi, sejurus selepas berlaku kemalangan, mangsa masih lagi mampu bercakap namun akibat kelewatan ambulans akhirnya mangsa meninggal dunia. Ketika saya lalu ditempat kejadian jam 7.30 saya dapat melihat mangsa sedang diberi rawatan kecemasan oleh petugas ambulans dan ketika itu lalu lintas sesak teruk dari arah Shah Alam. Ramai yang berhenti untuk melihat kejadian. Apabila saya kembali semula ke tempat kejadian jam 7.45 malam, saya melihat ambulans telah meninggalkan tempat kejadian dan kelihatan mayat mangsa telah ditutup dengan plastik hitam. Saya dapat melihat keluarga mangsa telah berada di lokasi dan suasana ketika itu amat sedih dan pilu. Saya difahamkan mangsa tinggal di Puncak Alam. Ketika saya meninggalkan lokasi jam 8.45 malam, mayat mangsa masih terbaring dibawah plastik hitam dan baru ada seorang anggota polis trafik bermotosikal tiba di tempat kejadian. (Dua Anggota Polis dari Unit Kereta Peronda dan seorang anggota polis dari Balai Polis berhampiran telah sedia ada di tempat kejadian sejak dari jam 6.45 petang lagi)

No comments: