May 25, 2010

Domain

Domain saya di http://nizamyunus.uitm.edu.my telah siap, cuma menunggu masa untuk di cantikkan dan di design secantik rupa, buat masa ini saya perlu menyelesaikan sedikit masalah berkaitan dengan domain baru saya ini.

May 21, 2010

Lawatan Naib Canselor UiTM



Pada hari Rabu 19 Mei 2010, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah melawat ke FPM dan berjumpa dengan staf akademik dan pentadbiran. Datuk Sahol juga telah memberikan ucapan disamping mendengar cadangan-cadangan dari para kakitangan FPM. Sebelum ketibaan Datuk Naib Canselor, satu sesi ceramah mengenai keusahawanan telah berlangsung di Bilik Seminar FPM dan disampaikan oleh Prof.Dr.Razmi Chik PNC(keusahawanan.

May 19, 2010





Pada 5 Mei 2010, satu jamuan telah diadakan untuk Prof Madya Dr Adnan Jamaludin yang telah pun menamatkan tugasnya sebagai Dekan. Jamuan diadakan di sebuah restoran Arab di Plaza Masalam Shah Alam dan hampir 70 staf akademik dan pentadbiran telah menghadirkan diri. Majlis bermula jam 1 tengahari.

May 10, 2010

Bilik Kebal FPM



Bilik kebal FPM telah pun berjaya siap dan digunakan sebelum peperiksaan akhir bermula. Bilik kebal ini diletakkan di dalam bilik Gerakan Peperiksaan FPM dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat. Ia juga dilengkapi beberapa CCTV tersembunyi bagi mengelak kecurian.


May 5, 2010

FPM berganti Dekan

Prof.Madya Dr Adnan Jamaludin telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Dekan FPM pada hari Rabu 5 Mei 2010 dan digantikan tempatnya oleh Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim. Prof.Madya Dr.Adnan telah berkhidmat sebagai dekan selama 2 tahun, iaitu satu penggal perkhidmatan dekan. Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim pula pernah menjadi Dekan FPM selama hampir lebih 6 tahun.

Terima Kasih diucapkan kepada Prof.Madya Dr.Adnan kerana jasanya mengemudi FPM dan ucapan selamat kembali sebagai Dekan kepada Prof.Madya Dr.Laili.

May 1, 2010

Kursus PhD Research Methodology



Saya telah menghadiri kursus PhD Research Methodology di ILQAM, UiTM Shah Alam dari 26 April sehingga 30 April 2010. Kursus bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang setiap hari. Modul kursus dan penceramah adalah seperti di bawah iaitu :-

Overview of Research Methods/Procedures dan Conceptualization and Research Framework oleh Prof.Madya Dr Rahmah Mohd Rashid.

Problem Identification & Problem Solving dan Writing Statement Problem oleh Prof.Dr Noorzan Mohd Noor

Literature Review oleh Prof Madya Dr Nor Azni Abdullah

Research Design and Implementation oleh Dr.Megawati Omar

Research Report and Writing oleh Prof.Madya Dr Hawa Rohany (saya menjadi emcee untuk sesi ini)

Writing Research Proposal oleh Prof Dr Normah Omar

Qualitative Research oleh Prof Dr Rosmimah Mohd Roslin

Preparation and Strategy for Data Analysis oleh Prof Madya Dr Zamalia Mahmud

Strategies in Information Search and Organizing Data oleh Dato' Prof Dr Raja Abdullah Raja Yaacob

Timeline and Viva Presentation oleh Prof Madya Dr Zuriah Abdul Rahman

Managing Your Supervisor oleh Prof Madya Dr Puzziawati Ab Ghani

Seramai 49 peserta dari kumpulan Sains Sosial menyertai kursus ini dan dari FPM ialah saya, En.Mohd Nazir, Puan Nor Rashimawati Tarmuchi dan Cik Ezza Rafedziawati.