Oct 26, 2010

Musim Peperiksaan Bermula

Final Exam bagi pelajar FPM telah bermula pada Isnin, 25 Oktober 2010. Selain dari BK dan Bilik Seminar yang digunakan sebagai tempat peperiksaan, penggunaan Dewan Kuliah yang boleh menampung hampir 275 calon memudahkan pengawasan.

Pihak jawatankuasa Peperiksaan dilengkapi dengan walkie talkie untuk berhubung. Selain itu beberapa prasarana telah dibangunkan untuk tujuan peperiksaan iaitu Bilik Gerakan Peperiksaan yang lengkap dengan kaunter, Bilik Kebal yang lengkap dengan kunci keselamatan serta 2 buah komputer khas untuk tujuan peperiksaan.

Peperiksaan kali ini juga menyaksikan seorang calon yang patah 2 jarinya mengambil peperiksaan menggunakan komputer.

Oct 5, 2010

Khabar Angin Pelarasan Gaji

Khabar yang dibawa oleh angin-angin hari ini dan semalam menceritakan mengenai pelarasan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam tapi tiada siapa dapat memastikan berapa peratus gaji yang bakal diselaraskan. Dalam erti kata lain, gaji akan dinaikkan lagi. Bagaimanapun ada khabar yang diterima mengatakan bahawa ia akan melibatkan semua gred gaji, ada pula yang mengatakan bahawa hanya dari gred 1-48 sahaja. Kalau khabar yang kedua diambil kira, mereka yang berada di gred 52 ke atas tidak mendapat apa-apa la ataupun mungkin dapat la wang saguhati, tapi kalau dapat wang saguhati, gred 48 kebawah pula akan melompat kemarahan kerana tidak mendapat saguhati. Mungkin ada pihak melihat bahawa mereka-mereka yang mendapat gred 52 keatas ini sudah terlalu kaya.

Memang susah nak puaskan hati semua orang.Apa-apa pun tunggu je pembentangan belanjawan. Namanya pun khabar angin.

Sep 23, 2010

Pertandingan Reka Bentuk dan Reka Cipta (IID)

Pertandingan Reka Bentuk dan Reka Cipta (Invention, Innovation and Design - IID) 2010 peringkat FPM telah berlangsung dengan jayanya pada 23/9/2010 di Bilik Seminar FPM dan ini merupakan IID peringkat FPM yang pertama sekali diadakan.

Sebanyak 31 penyertaan telah diterima dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Akademik, Postgraduate dan Undergraduate.

Senarai Panel Hakim IID 2010 pada kali ini selain saya sendiri ialah :-
1. PM Fuziah
2. Dr.Zuraida
3. En.Safawi
4. En Shamsul Kamal
5. En.Zulkefli
6. Pn.Hasnah Rahim
7. Pn.Nordibradini
8. Cik Ezza

Dibawah merupakan senarai projek dan nama ketua projek.

KATEGORI AKADEMIK

1. A NEXUS OF RESEARCH AND LEADERSHIP : THE WRITING RESEARCHER CLUB (DR.NORLIYA AHMAD KASSIM)

2. E-FOCUS GROUP:ALTERNATIVE METHOD OF QUALITATIVE DATA COLLECTION IN KNOWLEDGE MANAGEMENT RESEARCH IN MALAYSIA (DR SITI ARPAH)

3. ELECTRONIC ASSIGNMENT SUBMISSION (PN.IRNI ELIANA)

4. ELECTRONIC MINUTES OF MEETING SYSTEM (PN.MAZLINA PATI KHAN)

5. IN SEARCH OF AN ALTERNATIVE DISSERTATION (DR.NORLIYA AHMAD KASSIM)

6. INTERNATIONAL PROJECT ON THE PRESERVATION OF AUTHENTIC PERMANENT RECORDS IN ELECTRONIC SYSTEMS (PM.DR.RUSNAH JOHARE)

7. INTRANET PORTAL ASSESSMENT TOOL (DR.NOORMAN MASREK)

8. KNOWLEDGE MANAGEMENT COMPENTENCIES - A QUALITATIVE INVESTIGATION OF PRACTITIONERS' EXPERIENCES IN KM INTIATIVES (DR.SITI ARPAH)

9. KNOWLEDGE TRANSFER BETWEEN THE KNOWLEDGE PROVIDERS AND PADDY FARMERS IN SELANGOR (DR.DANG MERDUWATI)

10. LIBRARY PORTAL EFFECTIVENESS ASSESSMENT TOOL (DR.NOORMAN MASREK)

11. PUNCAK PERDANA CAMPUS DIRECTORY - SMART ROUTE KIOSK (CIK NORZURAIZA RINA AHMAD)

12. THE COMPUTER ASSISTED LEARNING SYSTEM BASED ON COGNITIVE MODELLING (CIK NORA'AYU AHMAD UZIR)

13. THE ELECTORNIC PRESENCE MANAGEMENT SYSTEM (PN SITI NURUL MARYAM ABDULLAH)

14. THE PRESERVATION OF PRIMARY RESEARCH DATA AND RECORDS FOR RESEARCH IN RESEARCH INSTITUTIONS IN MALAYSIA (PM.DR.RUSNAH JOHARE)

15. TRUSTED WEB GUIDELINE FOR E-COMMERCE WEBSITE (DR.MOHD SAZILI SHAHIBI)

16. VISITOR MANAGEMENT SYSTEM (PN.YANTY RAHAYU RAMBLI)

KATEGORI POSTGRADUATE

1.AV EQUIPMENT BOOKING SYSTEM (AFIFAH ABDULLAH)

2. CONSERVATION AND REPROGRAPHY SYSTEM (VALENTINA INTA)

3. CONSERVATION AND RESTORATION INFORMATION SYSTEM (LENNY YOLANDA)

4. ELECTRONIC REGISTRY SYSTEM (ZAIRUL MASRON)

5. FPM E-ALUMNI SYSTEM (HERMIZUL NAPIS)

6. INTEGRATED OPEN ACCESS ELECTRONIC THESIS AND DISSERTATION SYSTEMS (HESAM HAKIM JAVADI)

7. KNOWLEDGE CONVERSION ABILITIES ASSESSMENT KIT (NOR NAZUHA MAZALAM)

8. PRESERVATION OF ARCHIVAL RECORDS : RESTORATION TECHNIQUE (KAMARUL AZWAN AZMAN)

9. PRESERVATION OF PAPER-BASED ARCHIVES : BLACK INK MAKING PROCESS BY EXPERIMENTATION (RAZIFAH OTHMAN)

10. RECORDKEEPING FUNCTIONAL REQUIREMENTS FOR THE SUPERIOR COURTS OF MALAYSIA (NURUSSOBAH HUSSIN)

KATEGORI UNDERGRADUATE

1. E-REFCO MANUAL (QAHERA ALIAN & SETRA GINSIM)

2. DIGITAL INFORMATION LITERACY APPLICATION (DENNA ANCE BUNAS)

3. EBOOK : 1 MALAYSIA (AHMAD JAIS ABDUL KHALID)

4. FLEXI COMPLAINT SYSTEMS (NORAINI YAHYA)

5. SMART KIDS (MUHAMMAD SYUKOR MOHD RIJIMI)

Gambar-gambar akan menyusul kemudian beserta laporan penuh pemenang.

Sep 20, 2010

Malware Di Blog - Serangan Alam Siber

Pagi tadi buka Internet, pada mulanya nampak okey, speed pun alhamdulillah boleh tahan lar, (kalau laju betul kadang-kadang bila download Mp3 size 5 MB lima saat je). Tapi bila nak buka Berita Harian Online, terkejut pula sebab browser Mozilla keluar mesej mengatakan laman web tersebut ada Malware yang boleh merosakkan komputer. Agak pelik bila beberapa laman web lain pun turut keluar amaran Malware.
Bila saya google masalah Malware, rupa-rupanya beberapa laman web dan blog dah menulis mengenai isu Malware ini dan setelah serangan Malware pada bulan April/May, ianya berulang kembali sekarang ni. Saya menjangkakan mungkin 2-3 hari lebih banyak laman web yang akan diserang oleh Malware.
Banyak penulisan mengenai Malware yang telah dikongsi bersama pengguna-pengguna internet dan boleh kita baca. Antaranya seperti di sini,dan kalau nak tahu apa itu Malware, boleh search di Google. Namun secara mudahnya, Malware ni sejenis perisian yang berfungsi untuk mengakses komputer tanpa pengetahuan tuannya, seperti mana saya mengakses komputer anda tanpa pengetahuan anda. Ada Malware yang tugasnya mengkucar-kacirkan sistem komputer kita, ada yang nak curi password kita.
Isunya di sini yang saya ingin ketengahkan ialah betapa mudahnya ‘online content’ kita dicerobohi dan saya perhatikan selang beberapa bulan akan kembali semula pelbagai jenis serangan terhadap komputer kita samada yang ‘online’ atau bukan ‘online’. Yang ‘online’ ialah seperti Malware yang kita sedang hadapi sekarang ini. Dulu teknik menyebarkan perisian jahat seperti Malware ini ialah menggunakan email dan menggunakan tajuk-tajuk yang menarik dengan harapan penerima akan klik pada link yang disertakan. Kemudian setelah ramai orang tidak mengendahkan lagi teknik ini (juga dengan bantuan features dari Email provider sendiri seperti Spam Detector), mereka menggunakan teknik lain pula seperti menggunakan teknik reverse psychology untuk mendapat password internet banking kita (itu pun setelah pengguna internet banking semakin ramai gara-gara malas nak beratur di pejabat pos untuk bayar bil, atau kalau nak guna bahasa sedap, memudahkan kita kerana boleh buat transaksi 24 jam). Kalau serangan yang bukan ‘online’ pula ialah dari segi pemindahan fail atau dokumen menggunakan thumbdrive yang jika diselidiki susur galurnya pun berpunca juga dari sesuatu yang dimuaturun dari internet.
Persoalannya ialah apakah langkah yang kita perlu ambil untuk menangani serangan-serangan ke atas ‘online content’ kita? Tak terfikirkah kita bahawa satu hari nanti mungkin akan datang satu bentuk serangan siber yang akan memusnahkan seluruh isi kandungan laman web kita? Kalau buatnya dipadam seluruh isi kandungan blog kita macam mana? Blog sekarang ini bukan sahaja menjadi tempat untuk menulis pengalaman atau buah fikiran, tetapi juga akan suatu hari menjadi seperti rekod kehidupan seharian kita atau anak kita ataupun keluarga kita. Ada juga blog yang sering memberi pandangan terhadap sesuatu isu dan juga berkongsi pengetahuan. Apabila ‘online content’ dalam blog kita semakin bertambah, katakanlah setiap hari kita akan mengemaskini blog kita dengan kisah-kisah seharian kita, jika selama 3 tahun kita menulis dan ‘upload’ gambar, bukankah satu kenangan jika kita membaca kembali entri kita di tahun yang pertama, kadangkala perkara yang kita lupa pun boleh tercuit kembali dalam memori apabila kita membaca entri blog yang lama-lama. Tapi apa akan jadi jika semuanya musnah atau hilang? Apa yang kita perlu lakukan?
Selama ini kita percayakan blog untuk menyimpan segala kenangan dan kisah kita lebih dari kita percayakan komputer kita sendiri kerana pada tanggapan kita, komputer peribadi kita mudah diserang oleh virus yang akan memusnahkan segala ‘content’, manakala ‘content’ yang disimpan oleh blog dijaga oleh mereka-mereka yang pakar. Tapi dengan serangan terbaru ini, tidakkah kita terfikir bahawa segala ‘content’ dalam blog kita boleh juga terdedah oleh kemusnahan?
Saya juga tiada jawapan untuk semua ini dan masih lagi teraba-raba menyusur lorong gelap tapi saya yakin akan kata kunci (kuncinya masih tiada) yang digelar ‘BACKUP’. Tapi setakat ini kalau nak ‘backup’ pun apa yang mampu saya buat ialah copy paste segala entri blog ke dalam Microsoft Word, satu kerja yang remeh. Kalau ada sesiapa yang boleh berkongsi jalan penyelesaiannya, nah.. tebarkan peta pengetahuan itu di sini supaya boleh kita berkongsi bersama akan arah tuju kita ke arah satu sistem ‘backup’ yang efektif. Mungkin ada perisian di luar sana yang mampu menarik semua ‘content’ blog kita untuk di simpan ke dalam komputer (termasuk lah gambar,komen,shoutbox).

Pernah saya bertanya pada seseorang yang bekerja di syarikat WebHosting jika berlaku serangan siber ke atas sistem mereka, apakah kandungan laman web pelanggan mereka akan hilang? Sambil senyum dia menjawab, tidak kerana kami sering membuat BACKUP bukan sahaja di server yang sama malah juga ke server yang terletak di tempat lain (Bukan di syarikat itu sendiri). Kagum saya, tetapi bila saya tanya adakah web hosting blog saya ada menyediakan perkhidmatan BACKUP, kawan saya jawab, Blog saya berbayar ke? Saya jawab FREE, guna Blogspot. Dia jawab tak pasti sebab biasanya hanya yang berbayar sahaja disediakan fungsi backup ni. Saya terdiam, tak pernah pula saya nampak di mana-mana tentang kisah Blogspot menjamin segala kandungan Online kita selamat dari sebarang malapetaka, kalau ada mintak lah ianya dikisahkan kepada saya. Kalaupun ada, apa jaminannya? Adakah boleh kita menuntut gantirugi kalau 'online content' kita musnah?

Ingat, serangan-serangan sebegini tidak akan berhenti malah bertambah ‘advance’ lagi.

Sep 12, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua

Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Batin. Aktiviti FPM akan berjalan dengan rancaknya. Ketika bulan Ramadhan, terdapat aktiviti berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak luar FPM dan mereka menjemput warga FPM untuk menghadirinya seperti majlis berbuka Puasa bersama PM di Masjid Wilayah dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri di Seksyen 19 Shah Alam.

Aug 26, 2010

Takziah buat Hanis Diyana

Pagi tadi saya mendapat khabar sedih. Ibu bapa seorang pensyarah muda kita iaitu Hanis Diyana meninggal dunia dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan lebih tepat di KM448-8 arah selatan, selepas susur keluar GCE dan sebelum susur keluar Sungai Buloh. Menurut Hanis, ayahnya dalam perjalanan menghantar ibunya mesyuarat di Kuala Lumpur. Kedua-duanya dari Ayer Tawar, Perak. Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi apabila kereta mangsa, Hyundai I10 merempuh belakang sebuah treler di laluan kiri lebuhraya.
Saya berada di Hospital Sungai Buloh dari jam 8.30 pagi bersama-sama puluhan rakan-rakan FPM.

Aug 12, 2010

Jantina PC kita?

Adakah anda ingin mengetahui jantina PC kita ?

1. buka “notepad”,

2. tulis CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”

3 lepas tu save as i love you.vbs ,

4. lepas tu tutup file tu dan double click file tu

5. anda akan terdengar bunyi “i love you”

Suara lelaki ke suara perempuan yang sebut I love You tu? PC di ofis saya (DeLL) keluar suara lelaki, Notebook Toshiba saya di rumah keluar suara perempuan.

Anda boleh cuba sendiri.

Aug 7, 2010

Pejam Celik

Pejam celik dah sampai bulan Puasa. Rasanya baru saja bulan puasa tahun lepas. Saya pun dah lama tak update semua blog-blog saya. Maklum lah sejak domain saya dah naik, sibuk pula di domain sana. Namun saya mengambil keputusan untuk mengekalkan blog ini kerana ada kisah-kisah yang saya muatkan mungkin boleh melanggar polisi webhosting organisasi saya.

Jun 30, 2010

Strike

Banyak blog menampilkan perkataan dalam bentuk strike untuk menggambarkan sesuatu perkataan yang ingin digunakannya tetapi mungkin tidak wajar namun ianya tetap ingin digunakan. Ia seperti kita memadam sesuatu perkataan tanpa ianya dipadam terus dari pandangan. Contohnya : Hari ini merupakan sesuatu yang mangkok membosankan.

Untuk mendapatkan strike dalam penulisan seperti perkataan mangkok di atas,boleh lihat contoh seperti dibawah :-



Bagi yang sudah tahu cara membuat strike dalam blog, Diam sudah boleh abaikan entri ini, yang belum tahu, boleh lah cuba.

Jun 29, 2010

Bengkel Peperiksaan

Bengkel Peperiksaan FPM akan bermula mulai esok (29 Jun 2010) hingga Khamis (1 Julai 2010). Tadi para pelajar lepasan STPM untuk kursus Sarjana Muda Pengurusan Maklumat telah mendaftar di FPM, selamat menempuh alam universiti kepada mereka. Minggu depan, kelas dijangka bermula.

Jun 24, 2010

Masalah Teknikal Domain

Domain nizamyunus.uitm.edu.my mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan dan saya mengambil keputusan untuk menarik kembali domain tersebut dan mungkin akan ke domain .com

Jun 21, 2010

Google Translate

Google mempunyai perkhidmatan Online khusus untuk terjemahan yang dinamakan Google Translate, boleh type Google Translate di Google untuk mencuba. Secara peribadi, setelah saya mencuba untuk menterjemahkan kandungan Bahasa Malaysia ke English, terjemahannya agak lucu namun masih tidak lari dari maksud sebenar.

Dibawah ini saya berikan contoh :- (kandungan harus kurang bahasa pasar kerana untuk mengelakkan kekeliruan oleh Google Translate)

MOHON UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT DI LAMAN WEB FAKULTI (BARU)
Prof/Tuan/Puan untuk menyemak maklumat biodata Prof/Tuan/Puan yang telah di masukkan ke dalam laman web fakulti yang baru dan memberi maklumbalas kepada saya sekiranya terdapat kesilapan atau penambahan maklumat yang telah dimasukkan. Bagi mana-mana pensyarah yang maklumatnya tidak lengkap atau tiada maklumat, saya mohon kerjasama Prof/Tuan/Puan untuk memberikan maklumat berdasarkan template yang telah dimasukkan kedalam web tersebut kepada saya seberapa segera. Maklumat Prof/Tuan/Puan boleh di capai melalui url berikut :

(ini saya ambil dari email rasmi saya)

Dan terjemahannya adalah seperti berikut.

APPLY FOR INFORMATION ON WEBSITE update FACULTY (NEW)
I refer to the above would like to seek cooperation Prof / You are to review the profile information Prof / Sir / Madam, that was put in the new faculty website and provide feedback to me if there is a mistake or additional information are included. For any lecturer whose information is incomplete or no information, I ask the cooperation Prof / You are to provide information on the template that has been incorporated into the web to me as soon as possible. Information Prof / You can be achieved through the following url:


Terjemahannya walaupun sedikit lucu tetapi ianya masih tidak lari dari kandungan asal.

Yang ini pula saya ambil dari Kosmo Online.
Satu persatu tohmahan ditujukan percuma kepada Tiz menerusi sebuah laman sosial. Kesempatan bertentang mata dengan wanita bermata bundar itu pada sidang media Nur Kasih yang diangkat ke versi layar lebar, tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Dengan wajah tenang, dia menyerah diri kepada media di sebuah restoran di Mutiara Damansara, Petaling Jaya Jumaat lalu. Ayu menyarung baju kurung rona ungu, hampir setengah jam Tiz menumpahkan seluruh emosi berkaitan hal mengganggu ruang privasinya sejak beberapa minggu lalu.

"Saya terkejut mendengarkan perkara ini. Dalam sibuk mempersiapkan diri untuk menjayakan filem Nur Kasih, ada wartawan menghubungi saya bertanya kesahihan gosip yang tersebar.

"Terus terang, saya anggap perkara ini mengarut. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan diri saya. Selama satu hari saya rasa tertekan tambahan pula menerima panggilan telefon daripada kawan-kawan. Tapi cuma sehari berasa sedih, keesokannya saya kembali okey seperti sedia kala.


Dan ini pula terjemahannya
Imputation addressed individually free to Tiz through a social site. Xeon eye with the round-eyed woman at a press conference Nur Kasih be taken to the big screen version, is not allowed to pass just like that.

With calm faces, he surrenders to the media at a restaurant in Mutiara Damansara, Petaling Jaya last Friday. Ayu menyarung clothes purple color, almost a half hour Tiz shed the emotional connection it interfere with the privacy of space since a couple of weeks ago.

"I was surprised to hear this matter. In the busy preparing themselves for the success of the film Nur Kasih, a journalist contacted me to ask the validity of the spread gossip.

"Frankly, I find this silly. It does not have to do directly with me. For one day, I feel extra pressure to accept phone calls from friends. I just feel sad day, I went back the next day Okey as ever.


Nampak agak lucu terutama di bahagian Xeon eye with the round-eyed woman at a press conference. Apa yang saya lihat ialah jika artikel tersebut mempunyai ayat yang berbungan, hasil terjemahannya adalah agak melucukan dan jika artikel tersebut bernada rasmi, ianya kurang lucu namun jika diamati kedua-dua terjemahan tidak lari dari kandungan asal.

Giliran anda untuk mencuba.