May 25, 2010

Domain

Domain saya di http://nizamyunus.uitm.edu.my telah siap, cuma menunggu masa untuk di cantikkan dan di design secantik rupa, buat masa ini saya perlu menyelesaikan sedikit masalah berkaitan dengan domain baru saya ini.

May 21, 2010

Lawatan Naib Canselor UiTM



Pada hari Rabu 19 Mei 2010, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah melawat ke FPM dan berjumpa dengan staf akademik dan pentadbiran. Datuk Sahol juga telah memberikan ucapan disamping mendengar cadangan-cadangan dari para kakitangan FPM. Sebelum ketibaan Datuk Naib Canselor, satu sesi ceramah mengenai keusahawanan telah berlangsung di Bilik Seminar FPM dan disampaikan oleh Prof.Dr.Razmi Chik PNC(keusahawanan.

May 19, 2010





Pada 5 Mei 2010, satu jamuan telah diadakan untuk Prof Madya Dr Adnan Jamaludin yang telah pun menamatkan tugasnya sebagai Dekan. Jamuan diadakan di sebuah restoran Arab di Plaza Masalam Shah Alam dan hampir 70 staf akademik dan pentadbiran telah menghadirkan diri. Majlis bermula jam 1 tengahari.

May 10, 2010

Bilik Kebal FPM



Bilik kebal FPM telah pun berjaya siap dan digunakan sebelum peperiksaan akhir bermula. Bilik kebal ini diletakkan di dalam bilik Gerakan Peperiksaan FPM dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat. Ia juga dilengkapi beberapa CCTV tersembunyi bagi mengelak kecurian.


May 5, 2010

FPM berganti Dekan

Prof.Madya Dr Adnan Jamaludin telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Dekan FPM pada hari Rabu 5 Mei 2010 dan digantikan tempatnya oleh Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim. Prof.Madya Dr.Adnan telah berkhidmat sebagai dekan selama 2 tahun, iaitu satu penggal perkhidmatan dekan. Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim pula pernah menjadi Dekan FPM selama hampir lebih 6 tahun.

Terima Kasih diucapkan kepada Prof.Madya Dr.Adnan kerana jasanya mengemudi FPM dan ucapan selamat kembali sebagai Dekan kepada Prof.Madya Dr.Laili.

May 1, 2010

Kursus PhD Research Methodology



Saya telah menghadiri kursus PhD Research Methodology di ILQAM, UiTM Shah Alam dari 26 April sehingga 30 April 2010. Kursus bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang setiap hari. Modul kursus dan penceramah adalah seperti di bawah iaitu :-

Overview of Research Methods/Procedures dan Conceptualization and Research Framework oleh Prof.Madya Dr Rahmah Mohd Rashid.

Problem Identification & Problem Solving dan Writing Statement Problem oleh Prof.Dr Noorzan Mohd Noor

Literature Review oleh Prof Madya Dr Nor Azni Abdullah

Research Design and Implementation oleh Dr.Megawati Omar

Research Report and Writing oleh Prof.Madya Dr Hawa Rohany (saya menjadi emcee untuk sesi ini)

Writing Research Proposal oleh Prof Dr Normah Omar

Qualitative Research oleh Prof Dr Rosmimah Mohd Roslin

Preparation and Strategy for Data Analysis oleh Prof Madya Dr Zamalia Mahmud

Strategies in Information Search and Organizing Data oleh Dato' Prof Dr Raja Abdullah Raja Yaacob

Timeline and Viva Presentation oleh Prof Madya Dr Zuriah Abdul Rahman

Managing Your Supervisor oleh Prof Madya Dr Puzziawati Ab Ghani

Seramai 49 peserta dari kumpulan Sains Sosial menyertai kursus ini dan dari FPM ialah saya, En.Mohd Nazir, Puan Nor Rashimawati Tarmuchi dan Cik Ezza Rafedziawati.

Apr 21, 2010

Minggu Peperiksaan

Peperiksaan Akhir akan bermula pada hari Rabu 21 April 2010 dan akan berlanjutan sehingga 8 Mei 2010. Peperiksaan juga dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Selamat Mengharungi Minggu Peperiksaan pada pelajar, dan Selamat Menanda Kertas Jawapan pada para pensyarah. Untuk makluman semua, peraturan SOP H1N1 akan digunapakai pada peperiksaan kali ini memandangkan ancaman H1N1 dilihat kembali bertapak semula di Malaysia.

Apr 15, 2010

Lagi Kemalangan Di Puncak Perdana

Selasa 13 April petang, saya pulang dari kerja melalui pintu masuk kedua dan ternampak sebuah lori 'parking' dalam keadaan pelik. Saya berhentikan kenderaan dan mendapati bahawa lori tersebut rupa-rupanya kemalangan tapi fikiran saya musykil dan berserabut sebab lori tersebut berada di dalam kawasan kampus menuju keluar. Dalam fikiran saya, apa yang lori ni buat bergerak dari dalam kawasan pagar kampus (kawasan yang belum dibina apa-apa struktur bangunan) lepas tu langgar tiang lampu?

Persoalan terlerai apabila pengawal keselematan memberitahu lori terbabit terbabas dari jalan besar sekitar jam 4 pagi 13 April. Nasib baik tak berlaku waktu pejabat jika tidak ranaplah kereta-kereta yang suka 'parking' di luar pintu masuk kedua.


Lakaran bagaimana lori terbabit terbabas




Lori masuk ikut sini




Dan berhenti di sini.




Nasib pemandu dan kelindan tidak diketahui. Mungkin maut, parah, patah tangan, luka ibu jari, terseliuh pergelangan tangan ataupun demam panas.

Apr 13, 2010

Rancangan Tergendala Sebentar

Akibat tuntutan kerja yang berlebihan, proses update blog akan tergendala sebentar sehingga ke minggu depan, dalam pada itu satu sesi latihan sistem perpustakaan Virtua akan diadakan di FPM Puncak Perdana pada 14 April 2010.

Mar 28, 2010

E-Filing LHDN

Borang e-filing diperkenalkan oleh LHDN agar mereka-mereka yang dikenakan cukai pendapatan mengisi sendiri borang tersebut di laman web e-filing LHDN, dan kemudian terus upload file tersebut ke LHDN, tak perlu beratur panjang di saat saat akhir. Untuk makluman e-filing LHDN telah pun dibuka kepada orang ramai untuk mengisi e-borang tersebut. Boleh klik disini untuk ke laman web e-Filing LHDN atau terus ke https://e.hasil.gov.my/.

Mudah dan pantas jika kita masih mengingati password dan username pula adalah nombor MyKAD kita sendiri, dan jangan lupa talian internet juga perlu stabil dan kelajuannya memuaskan (saya hanya menggunakan Streamyx Wired 512KBPS). Saya pernah mengisi borang e-Filing di saat akhir iaitu 2-3 hari sebelum tarikh tutup dan kepantasan talian serta server LHDN ketika itu berada pada tahap yang merangkak-rangkak ibarat siput merayap atas garam. Ditambah pula dengan capaian internet di pejabat yang ibarat hidup segan mati lagi segan (kini tidak lagi kerana sudah diupgrade).

Bagi yang mempunyai anak, di ruangan pelepasan anak, pengisi cukai perlu berhati-hati kerana selain dari 'check' kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan' dan kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan di Bawah diri Sendiri (yang ini saya tak berapa ingat tapi lebih kurang begitulah ayatnya), pengisi cukai juga perlu 'check' kotak yang ada tulis x RM1000 sehinggalah keluar jumlah pelepasan anak RM 1000 (untuk seorang anak).

Saya mendapati di ruangan itu agak mengelirukan dan saya pernah melihat seseorang terlupa 'check' kotak X 1000 dan dia tidak dapat pelepasan RM 1000 untuk cukai pendapatan.

Cukai saya bertambah sekali ganda pada tahun ini berbanding tahun lepas, agak pelik kerana insurans pada tahun ini bertambah dan juga saya memasukkan bilangan anak.

Mar 26, 2010

Karnival Keusahawanan FPM

Karnival Keusahawanan FPM akan bermula esok (27 March 2010) dan akan berakhir pada 28 March 2010 bertempat di UiTM Puncak Perdana. Terdapat juga acara paintball. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Mar 16, 2010

Takziah

Takziah pada En.Zahari Mohd Amin, pensyarah FPM atas kehilangan ibu tercinta jam 5 pagi tadi (16 Mac 2010). Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan di Sikamat, Seremban tengahari tadi. Saya turut berada di sana bersama-sama Yamin Kamis dan Fadhilnor Rahmad.

Mar 14, 2010

Seminar dan Pameran Di Muzium Kesenian Islam


Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur sedang mengadakan pameran yang berjuduk Di Sebalik Tabir Konservasi di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Pameran ini memperlihatkan prosedur, teknik dan peralatan yang lazim digunakan di dalam proses pemuliharaan sesebuah koleksi. Selari dengan pameran ini, satu siri seminar akan diadakan pada 11 Mac 2010 dari jam 10 pagi ke 1 tengahari dan 22 Mac 2010 dari jam 10 pag ke 12.30 tengahari. Seminar ini adalah percuma dan dibuka kepada orang ramai. Di bawah merupakan tajuk-tajuk ceramah dan pembentangnya.

11 Mac 2010
1. An introduction to Conservation oleh Josephine Atkinson dari Bank Negara Museum
2. Islamic Arts : Definitions and Guidelines for Conservation Ethics oleh Prod Amir Zekrgoo dari UIA
3. Practice of Building Conservation in Malaysia oleh Prof Dr A Ghafar Ahmad dari Department of National Heritage Malaysia
4. Preservation of Low Fired Ceramic Objects at Islamic Arts Museum oleh Rafidah Bahari, Muzium Kesenian Islam

22 March 2010
1. Nuclear and Related Technology for Conservation of Metallic Art oleh Dr Abdul Nassir Ibrahim, Malaysian Nuclear Agency
2. Traditional Preventive Measure n Islamic Heritage oleh Prof Madya Dr Mandana Barkeshli, UIA
3. Improving Coating Systems for Objects oleh Mukhtaruddin Musa, Muzium Kesenian Islam
4. Ottoman Room at the IAMM : Technical Study of its Methods and Materials oleh Idries Trevathan dan Lalitha Thiagarajah, Muzium Kesenian Islam