May 10, 2010

Bilik Kebal FPM



Bilik kebal FPM telah pun berjaya siap dan digunakan sebelum peperiksaan akhir bermula. Bilik kebal ini diletakkan di dalam bilik Gerakan Peperiksaan FPM dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat. Ia juga dilengkapi beberapa CCTV tersembunyi bagi mengelak kecurian.


May 5, 2010

FPM berganti Dekan

Prof.Madya Dr Adnan Jamaludin telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Dekan FPM pada hari Rabu 5 Mei 2010 dan digantikan tempatnya oleh Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim. Prof.Madya Dr.Adnan telah berkhidmat sebagai dekan selama 2 tahun, iaitu satu penggal perkhidmatan dekan. Prof.Madya Dr Laili Bin Haji Hashim pula pernah menjadi Dekan FPM selama hampir lebih 6 tahun.

Terima Kasih diucapkan kepada Prof.Madya Dr.Adnan kerana jasanya mengemudi FPM dan ucapan selamat kembali sebagai Dekan kepada Prof.Madya Dr.Laili.

May 1, 2010

Kursus PhD Research Methodology



Saya telah menghadiri kursus PhD Research Methodology di ILQAM, UiTM Shah Alam dari 26 April sehingga 30 April 2010. Kursus bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang setiap hari. Modul kursus dan penceramah adalah seperti di bawah iaitu :-

Overview of Research Methods/Procedures dan Conceptualization and Research Framework oleh Prof.Madya Dr Rahmah Mohd Rashid.

Problem Identification & Problem Solving dan Writing Statement Problem oleh Prof.Dr Noorzan Mohd Noor

Literature Review oleh Prof Madya Dr Nor Azni Abdullah

Research Design and Implementation oleh Dr.Megawati Omar

Research Report and Writing oleh Prof.Madya Dr Hawa Rohany (saya menjadi emcee untuk sesi ini)

Writing Research Proposal oleh Prof Dr Normah Omar

Qualitative Research oleh Prof Dr Rosmimah Mohd Roslin

Preparation and Strategy for Data Analysis oleh Prof Madya Dr Zamalia Mahmud

Strategies in Information Search and Organizing Data oleh Dato' Prof Dr Raja Abdullah Raja Yaacob

Timeline and Viva Presentation oleh Prof Madya Dr Zuriah Abdul Rahman

Managing Your Supervisor oleh Prof Madya Dr Puzziawati Ab Ghani

Seramai 49 peserta dari kumpulan Sains Sosial menyertai kursus ini dan dari FPM ialah saya, En.Mohd Nazir, Puan Nor Rashimawati Tarmuchi dan Cik Ezza Rafedziawati.

Apr 21, 2010

Minggu Peperiksaan

Peperiksaan Akhir akan bermula pada hari Rabu 21 April 2010 dan akan berlanjutan sehingga 8 Mei 2010. Peperiksaan juga dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Selamat Mengharungi Minggu Peperiksaan pada pelajar, dan Selamat Menanda Kertas Jawapan pada para pensyarah. Untuk makluman semua, peraturan SOP H1N1 akan digunapakai pada peperiksaan kali ini memandangkan ancaman H1N1 dilihat kembali bertapak semula di Malaysia.

Apr 15, 2010

Lagi Kemalangan Di Puncak Perdana

Selasa 13 April petang, saya pulang dari kerja melalui pintu masuk kedua dan ternampak sebuah lori 'parking' dalam keadaan pelik. Saya berhentikan kenderaan dan mendapati bahawa lori tersebut rupa-rupanya kemalangan tapi fikiran saya musykil dan berserabut sebab lori tersebut berada di dalam kawasan kampus menuju keluar. Dalam fikiran saya, apa yang lori ni buat bergerak dari dalam kawasan pagar kampus (kawasan yang belum dibina apa-apa struktur bangunan) lepas tu langgar tiang lampu?

Persoalan terlerai apabila pengawal keselematan memberitahu lori terbabit terbabas dari jalan besar sekitar jam 4 pagi 13 April. Nasib baik tak berlaku waktu pejabat jika tidak ranaplah kereta-kereta yang suka 'parking' di luar pintu masuk kedua.


Lakaran bagaimana lori terbabit terbabas




Lori masuk ikut sini




Dan berhenti di sini.




Nasib pemandu dan kelindan tidak diketahui. Mungkin maut, parah, patah tangan, luka ibu jari, terseliuh pergelangan tangan ataupun demam panas.

Apr 13, 2010

Rancangan Tergendala Sebentar

Akibat tuntutan kerja yang berlebihan, proses update blog akan tergendala sebentar sehingga ke minggu depan, dalam pada itu satu sesi latihan sistem perpustakaan Virtua akan diadakan di FPM Puncak Perdana pada 14 April 2010.

Mar 28, 2010

E-Filing LHDN

Borang e-filing diperkenalkan oleh LHDN agar mereka-mereka yang dikenakan cukai pendapatan mengisi sendiri borang tersebut di laman web e-filing LHDN, dan kemudian terus upload file tersebut ke LHDN, tak perlu beratur panjang di saat saat akhir. Untuk makluman e-filing LHDN telah pun dibuka kepada orang ramai untuk mengisi e-borang tersebut. Boleh klik disini untuk ke laman web e-Filing LHDN atau terus ke https://e.hasil.gov.my/.

Mudah dan pantas jika kita masih mengingati password dan username pula adalah nombor MyKAD kita sendiri, dan jangan lupa talian internet juga perlu stabil dan kelajuannya memuaskan (saya hanya menggunakan Streamyx Wired 512KBPS). Saya pernah mengisi borang e-Filing di saat akhir iaitu 2-3 hari sebelum tarikh tutup dan kepantasan talian serta server LHDN ketika itu berada pada tahap yang merangkak-rangkak ibarat siput merayap atas garam. Ditambah pula dengan capaian internet di pejabat yang ibarat hidup segan mati lagi segan (kini tidak lagi kerana sudah diupgrade).

Bagi yang mempunyai anak, di ruangan pelepasan anak, pengisi cukai perlu berhati-hati kerana selain dari 'check' kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan' dan kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan di Bawah diri Sendiri (yang ini saya tak berapa ingat tapi lebih kurang begitulah ayatnya), pengisi cukai juga perlu 'check' kotak yang ada tulis x RM1000 sehinggalah keluar jumlah pelepasan anak RM 1000 (untuk seorang anak).

Saya mendapati di ruangan itu agak mengelirukan dan saya pernah melihat seseorang terlupa 'check' kotak X 1000 dan dia tidak dapat pelepasan RM 1000 untuk cukai pendapatan.

Cukai saya bertambah sekali ganda pada tahun ini berbanding tahun lepas, agak pelik kerana insurans pada tahun ini bertambah dan juga saya memasukkan bilangan anak.

Mar 26, 2010

Karnival Keusahawanan FPM

Karnival Keusahawanan FPM akan bermula esok (27 March 2010) dan akan berakhir pada 28 March 2010 bertempat di UiTM Puncak Perdana. Terdapat juga acara paintball. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Mar 16, 2010

Takziah

Takziah pada En.Zahari Mohd Amin, pensyarah FPM atas kehilangan ibu tercinta jam 5 pagi tadi (16 Mac 2010). Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan di Sikamat, Seremban tengahari tadi. Saya turut berada di sana bersama-sama Yamin Kamis dan Fadhilnor Rahmad.

Mar 14, 2010

Seminar dan Pameran Di Muzium Kesenian Islam


Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur sedang mengadakan pameran yang berjuduk Di Sebalik Tabir Konservasi di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Pameran ini memperlihatkan prosedur, teknik dan peralatan yang lazim digunakan di dalam proses pemuliharaan sesebuah koleksi. Selari dengan pameran ini, satu siri seminar akan diadakan pada 11 Mac 2010 dari jam 10 pagi ke 1 tengahari dan 22 Mac 2010 dari jam 10 pag ke 12.30 tengahari. Seminar ini adalah percuma dan dibuka kepada orang ramai. Di bawah merupakan tajuk-tajuk ceramah dan pembentangnya.

11 Mac 2010
1. An introduction to Conservation oleh Josephine Atkinson dari Bank Negara Museum
2. Islamic Arts : Definitions and Guidelines for Conservation Ethics oleh Prod Amir Zekrgoo dari UIA
3. Practice of Building Conservation in Malaysia oleh Prof Dr A Ghafar Ahmad dari Department of National Heritage Malaysia
4. Preservation of Low Fired Ceramic Objects at Islamic Arts Museum oleh Rafidah Bahari, Muzium Kesenian Islam

22 March 2010
1. Nuclear and Related Technology for Conservation of Metallic Art oleh Dr Abdul Nassir Ibrahim, Malaysian Nuclear Agency
2. Traditional Preventive Measure n Islamic Heritage oleh Prof Madya Dr Mandana Barkeshli, UIA
3. Improving Coating Systems for Objects oleh Mukhtaruddin Musa, Muzium Kesenian Islam
4. Ottoman Room at the IAMM : Technical Study of its Methods and Materials oleh Idries Trevathan dan Lalitha Thiagarajah, Muzium Kesenian Islam

Mar 10, 2010

Lawatan ke Memorial Tun Razak




Pada 9 March 2010, para pelajar IS 222 seramai 50 orang telah melawat ke Memorial Tun Razak. Berdasarkan laman web Arkib Negara Malaysia, Memorial Tun Abdul Razak, telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 1982. Bangunan memorial ini pada asalnya adalah Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Abdul Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976. Bangunan ini telah dijadikan Memorial Tun Abdul Razak bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara.Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan beliau yang lebih dikenali sebagai “Bapa Pembangunan” dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 (1970 – 1976). Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tujuan lawatan diadakan ialah untuk memperkayakan para pelajar dengan fungsi arkib sebagai penyimpan memori negara, disamping itu para pelajar dapat menerokai khazanah warisan negara. Encik Saladin dari Unit Memorial Tun Razak telah memberikan taklimat kepada para pelajar serta dua orang pensyarah pengiring.

Feb 28, 2010

Ceramah Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia


Pada hari Sabtu 27 Februari 2010 jam 10.30 pagi, satu ceramah telah diadakan di Dewan Kuliah 1, UiTM Puncak Alam oleh Dato' Haji Sidek Bin Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Untuk mengetahui peranan Arkib sila klik sini.

Dalam ceramahnya, Dato' Sidek menyentuh tentang perlunya para profession dalam bidang rekod dan arkib membuat promosi tentang kepentingan rekod dan arkib kepada orang ramai. Dato' Sidek juga menceritakan tentang apa yang telah arkib lakukan kepada negara iaitu menjadi satu institusi memori dan arkib juga sedang giat membuat promosi kepada orang ramai. Selain dari itu menurut Dato' Sidek, pihak Arkib kini memberi perhatian lebih terhadap servis dan perkhidmatan yang boleh mereka tawarkan kepada orang ramai.



Saya teringat apa yang Dato' Sidek kisahkan di dalam ceramahnya yang berbunyi lebih kurang begini,

Ini lah Ayah kau kerja Arkib, habis semua barang barang kat rumah di simpannya.

dan kemudian
Nasib baik Ayah kau kerja kat Arkib, ada lagi barang barang ni bila nak gunakan.

Secara tak langsung menggambarkan persepsi terhadap Arkib, disindir kerana menyimpan kertas lama, namun apabila terdapat keperluan untuk menggunakannya, baru lah dipuji kerana menyimpan kertas lama tersebut. Tahniah kepada pelajar IS 222 FPM kerana menganjurkan ceramah tersebut, banyak yang kita sama - sama boleh pelajari.

Bangunan tempat berlangsungnya ceramah.


Ucapan Awal oleh Dr Azman Mat Isa, Timbalan Dekan FPM



Antara mereka yang hadir




Feb 21, 2010

Ahmad Zam Hariro Ke Melbourne




Tadi saya baru pulang dari KLIA menghantar Ahmad Zam sekeluarga yang akan berangkat ke Melbourne, Australia jam 9.30 malam. Beliau akan berada di sana selama 4 tahun kerana menyambung pengajian dalam peringkat PhD. Turut berada di KLIA ialah :-

1. Encik Zulkifli Yusop IS 221
2. Encik AP Azli IS 222
3. Encik Rahman Ahmad IS 222
4. Prof Madya Dr Sohaimi
5. Subki (ex student)
6. Najib (ex student)

Semoga semuanya selamat. Menurut Ahmad Zam, ketibaannya di Melbourne akan disambut oleh Puan Shamila (FPM).

The final step, no return.