Feb 21, 2010

Mari serbu Karnival @ Puncak



Dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Misi Akademik FPM, Persatuan Pelajar FPM (IMSA), MPP dan AIMS akan menganjurkan satu program Karnival @ Puncak di perkarangan Kampus UiTM Puncak Perdana. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pertandingan futsal, gerai jualan, pertandingan menghias kek, pameran akademik fakulti, persembahan pelajar, pertandingan melukis/mewarna dan kempen menderma darah.

Sehubungan itu, semua warga UiTM dan orang awam di jemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 27 Mac 2010 - 28 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Tempat letak kereta dan sekitar UiTM Puncak Perdana

(Sumber dari blog Kelab Kakitangan FPM)

- Mari lah beramai ramai memeriahkan karnival ini. Saya sebagai bekas penasihat IMSA terpanggil untuk mengajak anda semua datang. Apa yang saya perhatikan, karnival ini telah melalui proses perancangan dan penyediaan yang teliti sejak awal tahun lagi, dan saya rasa ianya akan berjaya. Insya Allah saya akan mengambil gambar-gambar di karnival tersebut.

Feb 20, 2010

Kisah Misteri di UiTM

Sejak saya masuk belajar di ITM tahun 90-an sehingga lah saya graduate dan bekerja kembali di ITM yg ketika itu telah bertukar status menjadi Universiti, bermacam kisah misteri yang sering saya dengar samada dari kakitangan ataupun dari pelajar (lebih banyak kisah misteri dari pelajar). Kalau nak dikira, berpuluh kisah telah menjadi habuan telinga saya. Apa yang saya perhatikan, sejak zaman saya bergelar student lagi sehinggalah bergelar ahli akademik, kisah misteri lebih hangat dihidangkan ketika zaman hujung semester, iaitu ketika zaman student sibuk dengan DeadLine assignment dan final exam.

Kisah klasik zaman ITM ialah kisah student sedang khusyuk study di dalam biliknya di kolej dan tiba tiba disapa oleh seorang tua berbasikal bertanyakan arah ke menara ITM, dan setelah ditunjuk arahnya, lelaki tua itu pun beredar, namun beberapa ketika barulah student tersebut tersedar bahawa biliknya di tingkat atas dan pakcik tersebut ketika bertanyakan arah Menara pula berada di luar tingkap berhadapan meja study.

Satu lagi kisah klasik ialah the Green Lady di Kolej Perindu. Menurut kisah yang diperturunkan dari satu generasi student ke satu lagi generasi student, Green Lady ni pelajar wanita yang bunuh diri dalam bilik kolejnya dan bilik kolej tersebut telah pun ditutup.

Kisah klasik yang ketiga pula ialah orang minyak dan kemunculannya hanya di kolej siswi di mana akan ada siswi yang berjaya di'usik'.

Kisah keempat, kisah lif di Menara juga menyeramkan di mana ramai yang mengatakan bahawa lif tengah dan lif hujung berhantu.

Ini semua kisah kisah klasik misteri ketika zaman saya menjadi pelajar. Satu kisah menarik sebelum saya menjadi pelajar di ITM ialah mengenai seorang pelajar yang berkongsi bilik dengan seorang 'pelajar' misteri di mana pelajar ini hanya ada di bilik pada waktu malam. Setelah seminggu berkongsi bilik dengan pelajar ini, pada suatu malam rakannya ternampak pelajar ini 'memanjangkan' tangan untuk menutup suis lampu dan keesokannya rakan pelajar ini yang diberitahu oleh pihak Kolej bahawa hanya dia seorang sahaja yang duduk di bilik tersebut.

Mungkin ada lagi kisah-kisah misteri yang menjadi habuan telinga saya ketika itu namun kisah diatas merupakan yang paling TOP.

Persoalannya, jika ditanya siapa sebenarnya yang mengalami kejadian itu, jawapan yang sememangnya telah menjadi piawaian rasmi ialah antaranya :-

1. Kawan kepada kawan
2. Classmate kakak/abang/sepupu
3. Pak guard bagitau
4. Lecturer cerita dalam kelas

Semuanya adalah sumber sekunder, tiada sumber asal. Ada juga cerita yang telah digarap. Saya sendiri pernah melihat bagaimana rakan-rakan saya mereka reka cerita tentang seorang rakan sebilik mereka yang hilang disorok bunian dan kemudiannya dipulangkan kembali. Kisah ini tersebar luas di dalam ITM ketika itu sehinggalah rakan mereka yang didakwa disorokkan bunian itu dikembalikan oleh ustaz (kononnya). Tembelang pecah apabila saya melihat sendiri rakan sebilik yang hilang ini pulang ke koleh sekitar selepas jam 12 tengah malam berjalan kaki membawa beg dan terpaksa bersoal jawab dengan pengawal keselamatan. Nak dijadikan cerita keesokannya rakan-rakan yang menghebahkan kisah bunian ini terjumpa saya dan menceritakan bagaimana rakan mereka dibawa pulang oleh ustaz sehingga ke depan bilik dan ustaz menasihatkan agar menjaga tertib ditakuti bunian akan bertindak ganas. Ketika itu dah ramai rakan di kolej yang mengetahui kisah rakan disorok bunian ini dipulangkan kembali hasil usaha Ustaz. Saya yang mula pelik bertanya pada rakan-rakan tadi, memberitahu yang saya nampak rakan mereka yang disorok bunian itu pulang dan bersoal jawab dengan pengawal (kerana tingkap bilik saya berhadapan dengan pintu masuk kolej). Apabila mendengar apa saya lihat malam tadi, rakan-rakan saya itu berpandangan sesama sendiri dan kemudian salah seorang dari mereka kemudian sambil tersengih sengih memberitahu sebenarnya semua kisah bunian adalah palsu, rakan yang didakwa disorok bunian itu sebenarnya pulang ke kampung kerana ada urusan kecemasan (saya dah lupa tengah urusannya), rakan-rakan pun mengambil kesempatan untuk mereka reka satu cerita bersifat HOAX, sempat mereka berbisik supaya saya merahsiakannya.

Bila saya sudah bergelar pengajar pula, ingatkan kisah-kisah misteri ini tidak akan menjadi habuan telinga, rupa-rupanya masih lagi saya diperdengarkan dan kali ini lengkap dengan nama orang yang mengalaminya dan tempat kejadiannya sekali. Saya tidak ambil peduli benda-benda ini sehinggalah saya sendiri mengalami beberapa kejadian pelik iaitu :-

1. Di Pejabat FPM lama di Tingkat 4, Menara (satu kejadian)
2. Di FPM Bangunan Akademik Tiga, main campus. (dua kejadian)

Namun, setelah mengalami kejadian pelik tersebut, saya masih tidak ambil peduli tentang benda-benda ini sehingga sekarang. Alhamdulillah di Puncak Perdana keadaan aman sekali walaupun saya selalu mendengar pelbagai kisah seperti pontianak di dalam tandas, namun saya tak pernah sekali pun terkena ketika di Puncak Perdana mungkin kerana saya pun tidak ambik peduli.

Akan saya ceritakan apa tiga kejadian di atas dalam next entry saya....

Feb 18, 2010

Bengkel Penyemakan Kertas Soalan 2010



Bengkel Penyemakan Kertas Soalan FPM telah berlangsung dari 3 Februari hingga 5 Februari 2010 di Intekma Resort. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk melakukan proses vetting ke atas soalan peperiksaan peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Vetting yang dimaksudkan termasuklah dari segi kualiti soalan, format soalan dan juga format kertas soalan.

Antara yang menyertai bengkel ini ialah :-
1. Dekan FPM, PM Dr Adnan
2. Timbalan Dekan Akademik FPM, Dr Zuraidah
3. Pengerusi TEC FPM, Puan Hamidah
4. Pengerusi Peperiksaan FPM, En.Nizam Yunus
5. Jawatankuasa Peperiksaan FPM, En.Kamarul Azwan dan Puan Rosnita Sharani
6. PM Dr Rusnah dan Dr Noorman selaku TEC program
7. Koordinator Diploma dari Kelantan, Kedah, Johor dan Sarawak.
8. Ketua-ketua Program Sarjana Muda
9. Pegawai Eksekutif Akademik, Puan Shariha.
10. Pembantu Tadbir, Kak Lin
11. Juruteknik En.Faizal dan En.Fahdly

Bengkel ini telah berjalan dengan jayanya. Tak lupa juga takziah kepada Dekan FPM, PM Dr Adnan dan Pengerusi TEC FPM Puan Hamidah kerana ayah mereka telah kembali ke rahmatulllah. Al Fatihah .

Feb 1, 2010

Kemalangan Di Pintu Masuk Stadium Shah Alam





Kemalangan berlaku pagi kira kira jam 0830, pada hari Ahad 31 Januari 2010. Saya lalu di tempat kejadian jam 0845, lokasi kejadian adalah di pintu masuk utama Stadium Shah Alam. Kemalangan melibatkan kereta Volvo dan Wira Aeroback. Ketika saya lalu bersama isteri dan anak, saya menyangkakan hanya kemalangan biasa melibatkan kereta yg mahu masuk ke dalam simpang bertembung dengan kereta di laluan utama, namun hati terkejut bila melihatkan sepasang kaki terjulur keluar dari tingkap tempat duduk hadapan dan seorang wanita tersepit di tempat duduk belakang. Berderau juga darah kerana simpati dan kasihan.

Jan 26, 2010

Kehadiran MQA

MQA akan datang untuk melakukan audit di Puncak Perdana bermula jam 2 petang esok (Rabu).

Jan 18, 2010

Jackson JS30


Dah berhabuk dan usang bawah katil. Karat. Dah 3 tahun tak guna. Sejak akhir akhir ni, terasa nak bergiat balik. Kena la betulkan. Kesian dia. Usia di tangan saya 6 tahun. Masa beli dulu sekali dengan amp marshall yg small size (untuk personal sahaja) dan Zoom 606 multi effect hampir RM 2300. Beli di Tarrega Klang. Baru baru ini terjumpa pula sifu lama saya, orang yang mula mula ajar saya teknik, scream, mute, kawal tone. Saya tanya dia boleh repair tak? dia kata okey. Dia pun sekarang ni dah main dengan Bloodshed part time, full time engineer. So, hopefully, hilang la semua gian. Dah lama tak layan XPDC, Bazooka Penaka, Hikayat Penuh Ranjau, Def Gab C Terbang, Isi dan Kulit Search.. Pawana...

Jan 12, 2010

2010 - Tembak Mati di Puncak Perdana

Satu kejadian tembak mati penjenayah berlaku awal pagi ini di hadapan UiTM Puncak Perdana. Menurut sumber, saya difahamkan dua orang penjenayah ditembak mati polis di atas bukit di hadapan UiTM Puncak Perdana. Tunggu sahaja laporan rasmi di media. Ketua Polis Selangor turut berada di tempat kejadian. Saya berada di lokasi di bawah bukit, ramai orang awam dan polis berpakaian preman turut berada di situ . Tak sempat nak ambil gambar.

Update dari Beria Harian Online.
SHAH ALAM: Polis menembak mati dua penjenayah dalam Ops Rantau di Puncak Perdana selepas bertembung dengan mereka, jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, identiti penjenayah terbabit belum dikenal pasti tetapi mengesahkan kedua-dua mereka adalah warga Indonesia.

Jan 11, 2010

2010

Selamat datang 2010. Blog ni dah agak lama bersawang. Apa yang ada pada 2010? Setakat ni 2010 bermula dengan negatif. Cuaca sejuk melampau di beberapa negara termasuk UK hingga menyebabkan perlawanan EPL tertangguh. Isu gereja di Malaysia dibakar, walaupun keadaan di Malaysia tidak lah huru hara, namun perbuatan cubaan membakar beberapa gereja merupakan perbuatan yang tidak disokong oleh mana mana pihak termasuk lah agama Islam. Secara peribadi saya amat mengutuk perbuatan ini.

Insiden serangan ke atas bas yang membawa pasukan bolasepak Togo yang berada di Angola untuk kejohanan bolasepak negara Afrika amat mengejutkan. Ini lah padahnya membabitkan sukan dengan politik.

Setakat ini semua nya negatif. Masih menantikan kepositifan 2010.

Dec 7, 2009

Hujan


Sekarang musim hujan dan di FPM juga tidak terkecuali, ini adalah pemandangan dari dalam bas di kolej penginapan yang terletak di belakang FPM.

Nov 22, 2009

PD view in HDR mode

Agak lama saya tidak menggunakan software Photomatix untuk membuat gambar HDR. Kunjungan ke PD baru baru ini membuatkan saya membuka kembali software tersebut. Dengan menggunakan single RAW file yang kemudiannya saya convert kepada multiple JPEG exposure, saya kemudiannya memproses gambar gambar tersebut untuk menghasilkan HDR imej yang pada pandangan saya kurang memberangsangkan.

Oct 23, 2009

Cara Melajukan Capaian Internet Anda

Cara melajukan capaian internet anda..

Dibawah merupakan cadangan dari pen.pegawai teknologi maklumat FPM yang dihantar pada saya melalui e-mail

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Oct 8, 2009

Kemalangan Maut Di Lampu Isyarat Puncak Perdana


Satu kemalangan maut berlaku kira-kira jam 6.30 petang tadi berhampiran lampu isyarat Puncak Perdana. Saya diberitahu oleh beberapa orang di tempat kejadian bahawa mangsa merupakan seorang lelaki melayu dalam lingkungan lewat 40 atau awal 50-an menunggang motosikal Yamaha bernombor plet WKF atau WFK 1100. Mangsa dikatakan terlanggar sebuah lori yang dikatakan diletakkan di tepi jalan sejak pagi tadi.

Menurut saksi, sejurus selepas berlaku kemalangan, mangsa masih lagi mampu bercakap namun akibat kelewatan ambulans akhirnya mangsa meninggal dunia. Ketika saya lalu ditempat kejadian jam 7.30 saya dapat melihat mangsa sedang diberi rawatan kecemasan oleh petugas ambulans dan ketika itu lalu lintas sesak teruk dari arah Shah Alam. Ramai yang berhenti untuk melihat kejadian. Apabila saya kembali semula ke tempat kejadian jam 7.45 malam, saya melihat ambulans telah meninggalkan tempat kejadian dan kelihatan mayat mangsa telah ditutup dengan plastik hitam. Saya dapat melihat keluarga mangsa telah berada di lokasi dan suasana ketika itu amat sedih dan pilu. Saya difahamkan mangsa tinggal di Puncak Alam. Ketika saya meninggalkan lokasi jam 8.45 malam, mayat mangsa masih terbaring dibawah plastik hitam dan baru ada seorang anggota polis trafik bermotosikal tiba di tempat kejadian. (Dua Anggota Polis dari Unit Kereta Peronda dan seorang anggota polis dari Balai Polis berhampiran telah sedia ada di tempat kejadian sejak dari jam 6.45 petang lagi)

Oct 5, 2009

Photography update

Penggunaan speedlight untuk indoor shooting rupanya agak sukar kerana kadangkala speedlight saya seolah olah tak cukup power. Gambar di bawah takde kena mengena dengan speedilight.