Sep 7, 2009

Arkib terima Anugerah Jikji Dunia


SEPANG 6 Sept. - Arkib Negara buat pertama kalinya diumumkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai pemenang Anugerah Peringatan Jikji Dunia 2009.
Arkib Negara merupakan pemenang ketiga anugerah berprestij itu selepas Perpustakaan Kebangsaan Czech (2005) dan Arkib Audio- visual Austria (2007).
Kejayaan itu membolehkan Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil membawa pulang hadiah wang tunai ASD30,000 (RM105,000) pada satu majlis di bandar Cheongju, Korea Selatan.
Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena sambutan hari Jikji yang diadakan pada 4 September setiap tahun.
Sidek ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, pemilihan Arkib Negara sebagai pemenang berdasarkan sumbangannya dalam program pengembangan, pendidikan dan latihan pemuliharaan bahan khazanah warisan di Asia.
''Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha Arkib Negara selama ini dalam memulihara rekod dan khazanah warisan dunia.
''Kita berbangga dengan kejayaan ini kerana Malaysia berjaya mengalahkan arkib- arkib di negara lain," katanya.
Anugerah Peringatan Jikji Dunia diadakan sebagai memperingati pendaftaran Jikji iaitu buku cetakan besi tertua di dunia yang dihasilkan pada tahun 1377 di Cheongju.
Anugerah itu diberikan setiap dua tahun sekali kepada individu atau organisasi yang memberi sumbangan penting kepada usaha pemuliharaan bahan khazanah warisan di peringkat kebangsaan, serantau atau dunia.

Utusan Online. 7 September 2009/17 Ramadhan 1430

Aug 30, 2009

Nescafe dan Maggi


Nescafe merupakan minuman kegemaran saya. Hampir setiap pagi saya akan meminum segelas Nescafe tarik, sebelum ini saya gemarkan teh o. Maggi pula merupakan makanan ruji saya sewaktu zaman belajar. Kini sesekali saya akan makan Maggi terutama bila terasa terlalu lapar di pejabat tetapi malas keluar untuk mencari makanan. (Saya mempunyai sedikit stok maggi di pejabat saya).

Apa yg menarik ialah kedua-dua Nescafe dan Maggi merupakan produk dari Nestle namun kebanyakan kita menggunakan nama Nescafe kepada sebarang jenis kopi susu dan juga menggunakan nama Maggi kepada sebarang mi segera yang terdapat di pasaran. Ini menunjukkan betapa hebatnya pengaruh jenama ini di dalam kehidupan kita. Keadaan ini dipanggil Generecized Trademark atau Brand Genericization.

Nestle merupakan syarikat makanan di Switzerland, lebih tepat lagi dari sebuah bandar bernama Vevey, yang terletak di tepi Tasik Geneva. Nestle diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestle dengan nama Farine Lactée Henri Nestlé Company. Nama Nestle sekarang terhasil apabila syarikat Farince Lactee Henri Nestle Company bergabung dengan syarikat Anglo-Swiss Milk Company pada tahun 1905.

Kopi segera Nescafe dipopularkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia Kedua. Di Indonesia, Maggi dihasilkan oleh syarikan tempatan bernama Indofood, yang mendapat lesen dari Nestle.

Aug 27, 2009

Face Mask Percuma

Sebagai langkah berjaga jaga, FPM telah mengedarkan face mask percuma kepada semua kakitangannya. Para pelajar FPM pula boleh mendapatkan face mask percuma mereka dari bilik MPP.
Sempena bulan ramadhan ini saya ucapkan selamat berpuasa pada semua. Satu langkah yang strategik untuk mengadakan Bazaar ramadhan dihadapan pintu masuk FPM kerana tidak perlu keluar dari Puncak untuk mendapatkan juadah berbuka.

Aug 23, 2009

Debat FPM

Pertandingan Akhir Debat Piala Dekan FPM telah berlangsung di bilik seminar pada hari Jumaat 21 Ogos 2009 jam 3 petang. Pertandingan yang julung julung kalinya itu telah berlangsung selama seminggu dan disertai oleh hampir 60 pelajar dari semua program di FPM.

Pertandingan akhir telah menemukan dua kumpulan dari IS220 dan tajuk yang didebatkan pada petang itu ialah 'Pengurusan Maklumat Teras Kejayaan Negara'. Juri pada petang itu ialah En.Azman Mat Isa (Timb Dekan) dan Pn.Aliza (KP IS222).

Aug 18, 2009

H1N1 lagi..

Hasil perbualan dengan warga fakulti termasuk pelajar, saya mendapati bahawa kebimbangan terhadap penularan wabak h1n1 semakin meningkat. Berikutan kebimbangan ini saya menerima pelbagai cerita yang disampaikan oleh beberapa orang pelajar, antaranya ialah kemungkinan UiTM Kelantan dan UiTM Segamat akan ditutup sekali lagi. Secara jujurnya saya langsung tidak mendapat sebarang berita tentang penutupan yang bakal berlaku.

Ketika tempat saya diawalkan cutinya, saya , menerima khabar bahawa kira kira 30 pelajar menghidap simptom seperti H1N1 dan 6 dikatakan positif. Disini saya ingin tegaskan bahawa ianya hanya khabar angin kerana saya berada di hadapan Timb Dekan Pelajar sewaktu beliau menelefon Pusat Kesihatan dan doktor di sana mengesahkan tiada kes positif berlaku di sini.


Walaupun kebimbangan semakin meningkat namun kesedaran seperti memakai 'face mask' masih kurang. Saya rasa bilangan warga Puncak yg memakai 'face mask' kurang dari 1 peratus.


Di saat saya menulis ini beberapa orang rakan sekerja telah diserang demam selsema. Ada di antara mereka yang baru pulih dari demam selsema. Saya risau kerana kami semua menggunakan 'centralized aircond', memudahkan untuk berjangkit.


Saya ada mendengar teori mengatakan bahawa virus h1n1 ini merupakan virus ciptaan dari negara kapitalis (virus makmal) di mana ia dihasilkan untuk meningkatkan penjualan ubat dan vaksin. Tiada bukti kukuh bagi dakwaan tersebut, mungkin pencipta teori dan mereka yang mempercayainya merupakan penggemar filem hollywood. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah bala dari Allah terhadap manusia kerana banyak melakukan kemungkaran dan kenyataan ini memang saya sokong sepenuhnya. Berkenaan dengan teori virus makmal, saya merupakan salah seorang yang percaya akan kebenarannya, bukan bermaksud bahawa saya obses filem hollywood. Perlu diperingatkan bahawa asas sesuatu filem hollywood juga adalah dari kejadian sebenar, cuma untuk maksud hiburan ia akan di'grand'kan.

Jul 24, 2009

Cuti Pertengahan Semester Di Awalkan


Saya baru menerima pekeliling rasmi Bilangan 13/2009 bahawa cuti pertengahan semester UiTM akan dipercepatkan bermula 27 Julai hingga 2 Ogos untuk menangani penularan wabak Influenza A H1N1. Memang terdapat beberapa kes pelajar-pelajar yang menunjukkan simptom H1N1 di tempat saya namun tidak dapat dipastikan samada mereka ini positif H1N1 kerana pada ketika ini juga terdapat viral fever yang menyerang ramai orang. Hanya kampus UiTM Melaka sahaja yang tidak ditutup minggu hadapan kerana dikira telah mengambil cuti pertengahan semester semasa penutupan kampus selama seminggu baru baru ini.

Cuti pertengahan semester pada sesi ini pada perancangan asal ialah pada minggu hari raya puasa bagaimanapun dengan langkah mempercepatkan cuti semester, ada kemungkinan seluruh warga UiTM akan bercuti hari raya selama dua hari sahaja.

Jul 21, 2009

Jun 25, 2009

Pertukaran Tempat Kursus dan Atlas Ti

Dan seperti yang diduga akhirnya tempat kursus penulisan peperiksaan akhir telah bertukar dan kali ini nampaknya seperti muktamad kerana surat telah dikeluarkan secara rasmi. Saya dan rakan rakan sekerja termasuk dari cawangan akan berkursus minggu depan di Intekma Resort iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Isnin dan Selasa depan pula saya akan berkursus di Puncak Perdana, kursus keselamatan sistem komputer.

Hari ni dan esok, saya berada dalam kursus Atlas Ti yang dikendalikan oleh PM Dr Sohaimi dan En.Ahmad Zam. Antara peserta kursus ialah

1. En.Azmi
2. En. ASO Pengantin Baru
3. En Kamarul Azwan
4. En Wan Malek
5. En. Nazri 221
6. En.Rahman Ahmad
7. En.Husain 223
8. En.Irwan
9. En.Alwi
10. Pn Lisa 221
11.Pn Hasnah 221
12. En.Zul 221
13. Farah 221 (pensyarah baru)
14. En.Nazir (datang kejap je)
15. En.Azman Mat Isa (pun kejap je)

Atlas Ti ini merupakan satu software analysis untuk qualitative research. Sesuai untuk PhD.

Jun 18, 2009

Kursus di UiTM Lendu

Minggu depan, mulai hari Selasa hingga Khamis, kebanyakan pensyarah FPM akan berkursus di UiTM Kampus Puncak Alam (bukan Puncak Perdana). Bagi kebanyakan pensyarah, ini merupakan peluang pertama untuk merasai suasana UiTM Puncak Alam.

Pada 29 Jun, saya dan beberapa orang rakan pula akan berkursus di Kuala Lumpur selama 3 hari. Kursus tersebut merupakan kursus hands on mengenai KOHA iaitu satu open source system untuk bidang maklumat. http://koha.org/

---- Perubahan tarikh dan tempat merupakan perkara biasa di sini jadi kami perlu sentiasa bersedia. Tarikh telah ditukar pada 30 Jun hingga 2 Julai dan tempat kursus pula adalah di UiTM Lendu.

Jun 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Mr ASO






Lokasi : Felda Raja Alias 4, Bandar Sri Jempol, Negri Sembilan
Tarikh : 6 Jun 2009

Saya dan En.Azmi IS220 dan beberapa orang rakan bertolak dari Shah Alam jam 9.30 pagi dan sampai di rumah pengantin jam 1.30 pm. En.ASO kita waktu tu telah selesai upacara nikah dan bersedia untuk berarak ke rumah pengantin perempuan. Tahniah En.ASO, lepas ni dapat ASO Junior. Lupa pulak, nama pengantin perempuan ialah Siti Sabariah, rasanya ada antara pengunjung blog ni yg kenal pengantin perempuan.

May 27, 2009

Pelajar Saman UiTM

Dipetik dari thestar.com.my hari ini.

Sexually-assaulted student sues UiTM for negligence.

SHAH ALAM: A university student who was sexually assaulted at her hostel six months ago is suing Universiti Teknologi Mara (UiTM) for negligence.

The 21-year-old woman, a second-year Hotel and Tourism Management student, filed the suit at the Shah Alam Sessions Court here on Tuesday.

In the suit, she said the university had failed to prevent unauthorised parties from intruding into the hostel.

She claimed that the incident was due to the defendant’s negligence for failing to take necessary measures for the safety and security of the students.

She also said she was not only hurt physically but also emotionally, and has been suffering from acute stress reaction and post-trauma stress disorder. Her studies have been badly affected and she is currently on leave and undergoing psychiatric treatment.

In the statement of claim, she is seeking aggravated, exemplary, general and special damages.

Her counsel Mohamed Hanipa Maidin said the incident took place on Nov 28 last year at about 5am, when the student was bathing in the common bathroom on the second level of the hostel.

He said a naked man knocked on the door and forced his way into the bathroom.

The victim screamed but nobody came to her aid because the other students were asleep and there were no security guards around, he told reporters at a press conference held by Shah Alam Member of Parliament Khalid Abdul Samad here Wednesday.

The intruder forced her down and inserted a finger into her private parts before she finally managed to make her escape, he said.

The victim did not appear during the press conference.

Mohamed Hanipa said he would serve the suit to UiTM after receiving the sealed documents from the court, adding that he expected to get this within a month.

Khalid said the victim’s mother approached him on Dec 26 last to ask his help. He said they wrote a letter to UiTM on Jan 28 on behalf of the girl to get an explanation, but did not receive any reply.

“Filing the suit was the family’s last option after waiting for an answer for so many months,” he said, adding that police had yet to arrest anyone over the incident.

When contacted, UiTM vice-chancellor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah said the matter was being handled by the university’s student affairs department.


--- saya tidak mendengar sebarang kes cabul di kolej sebelum ini. Terkejut kerana melihat berita ini telah terpampang di akhbar. Tidak dapat dipastikan kejadian berlaku di kolej mana.. namun pihak keselamatan perlu bertindak untuk menjaga keselamatan pelajar terutama siswi siswi.

May 11, 2009

Kelahiran Anak Sulung Saya

Salam semua, saya menghantar isteri ke hospital (lebih kurang jam 11.45 malam 9 mei 2009). Sepanjang perjalanan kami ke hospital, ditemukan dengan dua insiden, pertamanya ialah insiden hampir berlakunya pelanggaran dua buah kereta di lampu isyarat menyebabkan isteri menjerit terkejut, dan keduanya insiden sekumpulan pemuda India membelasah seorang lelaki di hadapan sekolah. Isteri skrg dimasukkan ke dalam hospital namun mempunyai masalah untuk melahirkan anak walaupun air ketubannya dah pecah.

11 Mei 2009, jam 10.23 pagi, saya kini berada di rumah untuk mencuci uri setelah mengambilnya jam 9 pagi tadi di hospital tadi. Semalam merupakan hari yang amat mencabar bagi saya. Setelah menghantar isteri saya pada jam 11.45 malam 9 mei 2009, saya menunggu hingga jam 1.30 pagi sebelum isteri saya keluar menemui saya. Rupa-rupanya memang sahih lah air ketubannya pecah sedikit. Dia akan ditahan terus di dewan bersalin. Sempat kami berbual bersama-sama seolah esok kami tak akan berjumpa lagi.

Jam 2 saya menghantarnya ke pintu masuk dewan bersalin dan kemudian terus balik ke rumah kerana nurse di situ mengatakan bahawa esok baru isteri saya akan bersalin. Jam 3 pagi baru saya tidur. Saya terjaga jam 6.30 pagi dan terlihat 2 SMS . Rupanya isteri saya telah sakit ingin bersalin kira kira jam 3.20 pagi 10 Mei 2009. Dan sakit itu berterusan. Bermula jam 6.30 pagi, saya tidak boleh tidur hinggalah saya ke hospital jam 12 tengahari. Jam 8 pagi, SMS diterima isteri bahawa dia akan di induce. Di hospital ini, suami tidak dibenarkan melihat isteri di dewan bersalin. Jam 1.30 tengahari saya bertanya pada nurse di kaunter keadaan isteri saya. Jawapan yang diterima ialah diinduce pada jam 8 pagi dan sekarang bukaan 5 cm. Saya ke surau bersembahyang Zohor, dan membaca Yassin 3 kali kerana menurut nurse kemungkinan isteri akan bersalin jam 2.45 petang.

Jam 2.30 saya ke dewan bersalin dan menunggu namun nama saya masih belum dipanggil. Jam 4.30 ptg, saya bertanya nurse di kaunter, dan nurse memberitahu saya bukaan masih 5 cm. Mak dan ayah mertua saya sampai dari Perak.

Jam 6.00 petang, ayah dan mak saya dari Johor pula sampai. Sebelum saya ke surau untuk solat Asar, saya bertanya lagi pada nurse keadaan isteri saya, ketika itu jam 6.30 petang, bukaan baru 6 cm.

Lebih kurang jam 7.15 ptg, saya mengajak keluarga dan keluarga mentua pulang dahulu ke rumah kerana menurut nurse mungkin ada 4 jam lagi sebelum bersalin, bagaimanapun ketika kami sampai ke kereta kami, handphone saya berdering, panggilan dari hospital menyuruh saya segera ke Dewan Bersalin. Saya diberitahu bahawa kemungkinan doktor akan melakukan pembedahan dan mereka membawa saya masuk ke dalam bilik bersalin untuk berjumpa isteri. Ketika inilah saya sayu melihat isteri menahan sakit yang amat sangat. Pelbagai ayat Quran dibaca oleh saya dan dihembus ke isteri saya. Isteri saya sendiri tidak henti henti menyebut nama Allah dan juga Doa Nabi Yunus. Hampir sejam saya bersamanya dan saya turut menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa beliau masih memikirkan samada mahu melakukan pembedahan atau tidak kerana bukaan sudah 6 cm. Doktor menerangkan implikasi pembedahan kepada saya, namun saya memintanya mempercepatkan pembedahan kerana isteri hampir kehilangan tenaga setelah hampir sehari suntuk menggunakan tenaga. Doktor memberitahu bahawa beliau akan memberi isteri saya masa 2 jam lagi. Jika tiada perkembangan, maka pembedahan akan dilakukan. Saya diminta terus menunggu di dewan bersalin, badan dan mental dah teramat letih. Hampir sejam saya bersama isteri saya di bilik bersalin, terdengar pelbagai jenis raungan dan jeritan dari wanita - wanita lain yg juga sedang menahan sakit di bilik bersalin yang lain.

Jam 9 mlm, saya dipanggil lagi masuk ke bilik bersalin. Mertua dan ibubapa saya setia menemani saya walaupun mereka juga letih. Memang tepat telahan saya, akhirnya Doktor bersetuju untuk melakukan pembedahan dan saya diminta berjumpa untuk kali terakhir sebelum masuk dibedah. Isteri tersenyum melihat saya dan saya juga tersenyum. Saya membisikkan kepadanya 'Insya allah semua akan selamat, dengan izin Allah, let modern medical science do it's job'.

Jam 10 mlm, saya dipanggil nurse ke kaunter. Saya diminta ke NICU (ICU untuk baby) segera kerana baby saya berada di situ. Langkah mula longlai, dalam hati saya, tak habis habis saya diuji Allah, selepas melihat kesengsaraan isteri, selepas melihat isteri akan dibedah, kini baby pula dimasukkan ICU, Hati saya pelik kerana selama ini jantung baby amat sihat.

Sampai di NICU, saya diberitahu rupa-rupanya selepas dibawa keluar dari perut isteri, terdapat sekali najis, bermakna baby telah pun berak dalam perut. Ditakuti baby saya termakan najis sendiri. Di dalam NIC, saya melihat baby saya buat kali pertama, memang terkedu saya, very normal baby dengan berat 3.12 kg, saya qamat dan azan di telinganya, dan dia membuka matanya melihat ke arah saya seolah tersenyum, dan sesekali terdengar suaranya, tak habis habis dia menghisap ibu jari kanannya. Saya terpegun, betapa besarnya kuasa Allah.

Saya diberitahu oleh doktor bahawa tujuan utama baby saya ditahan di NICU ialah kerana mereka ingin membuat monitoring kerana ditakuti baby tertelan najis dalam kuantiti yang banyak. Saya melihat disekeliling NICU dan mendapati hanya baby saya sahaja yang kelihatan normal. Baby baby lain semua ada yang terlalu kecil, ada juga yang dilengkapi pelbagai jenis wayar di badan.

Saya kembali semula ke Dewan Bersalin kerana isteri saya masih belum keluar dari bilik bedah (OT). Kedua parents saya dan in law saya pulang ke rumah saya sementara saya terus menunggu di Dewan Bersalin. Jam 11 saya dipanggil ke kaunter dan diberitahu untuk terus ke wad kerana isteri saya telah pun keluar dari OT. Apabila sampai di wad, isteri saya tersenyum lebar, itulah senyumannya yang paling lebar pernah saya lihat tahun ini, yg pertama dulu masa saya pasang aircond dalam bilik kami.

Kami berbual panjang sambil ketawa seolah-olah kami dah setahun tak jumpa. Bila saya kata bahawa baby di NICU, katanya dia tau dan dia dah pegang pun baby tu. Jam 12.30 pagi 11 Mei 2009 saya pulang ke rumah. Sampai sahaja di depan pintu rumah, panggilan telefon diterima dari pihak NICU memberitahu bahawa baby akan diberi pada ibu pada esok pagi, setelah proses monitoring selesai.

Pagi tadi jam 9, 11 Mei, saya ke hospital kembali untuk mengambil uri di tepi katil isteri, baby masih belum ada disebelahnya. Harapan saya pada waktu melawat tengahari ini, baby kami telah ditempatkan disebelah ibunya.

Untuk isteri saya... Selamat Hari Ibu

May 10, 2009

10 Mei 2009

Isteri saya telah dimasukkan ke hospital bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang dihadapi olehnya untuk melahirkan anak sulong kami. Sama sama lah kita mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan selamat. Amin.