Mar 28, 2010

E-Filing LHDN

Borang e-filing diperkenalkan oleh LHDN agar mereka-mereka yang dikenakan cukai pendapatan mengisi sendiri borang tersebut di laman web e-filing LHDN, dan kemudian terus upload file tersebut ke LHDN, tak perlu beratur panjang di saat saat akhir. Untuk makluman e-filing LHDN telah pun dibuka kepada orang ramai untuk mengisi e-borang tersebut. Boleh klik disini untuk ke laman web e-Filing LHDN atau terus ke https://e.hasil.gov.my/.

Mudah dan pantas jika kita masih mengingati password dan username pula adalah nombor MyKAD kita sendiri, dan jangan lupa talian internet juga perlu stabil dan kelajuannya memuaskan (saya hanya menggunakan Streamyx Wired 512KBPS). Saya pernah mengisi borang e-Filing di saat akhir iaitu 2-3 hari sebelum tarikh tutup dan kepantasan talian serta server LHDN ketika itu berada pada tahap yang merangkak-rangkak ibarat siput merayap atas garam. Ditambah pula dengan capaian internet di pejabat yang ibarat hidup segan mati lagi segan (kini tidak lagi kerana sudah diupgrade).

Bagi yang mempunyai anak, di ruangan pelepasan anak, pengisi cukai perlu berhati-hati kerana selain dari 'check' kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan' dan kotak 'Anak Yang Mendapat Pelepasan di Bawah diri Sendiri (yang ini saya tak berapa ingat tapi lebih kurang begitulah ayatnya), pengisi cukai juga perlu 'check' kotak yang ada tulis x RM1000 sehinggalah keluar jumlah pelepasan anak RM 1000 (untuk seorang anak).

Saya mendapati di ruangan itu agak mengelirukan dan saya pernah melihat seseorang terlupa 'check' kotak X 1000 dan dia tidak dapat pelepasan RM 1000 untuk cukai pendapatan.

Cukai saya bertambah sekali ganda pada tahun ini berbanding tahun lepas, agak pelik kerana insurans pada tahun ini bertambah dan juga saya memasukkan bilangan anak.

Mar 26, 2010

Karnival Keusahawanan FPM

Karnival Keusahawanan FPM akan bermula esok (27 March 2010) dan akan berakhir pada 28 March 2010 bertempat di UiTM Puncak Perdana. Terdapat juga acara paintball. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Mar 16, 2010

Takziah

Takziah pada En.Zahari Mohd Amin, pensyarah FPM atas kehilangan ibu tercinta jam 5 pagi tadi (16 Mac 2010). Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan di Sikamat, Seremban tengahari tadi. Saya turut berada di sana bersama-sama Yamin Kamis dan Fadhilnor Rahmad.

Mar 14, 2010

Seminar dan Pameran Di Muzium Kesenian Islam


Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur sedang mengadakan pameran yang berjuduk Di Sebalik Tabir Konservasi di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Pameran ini memperlihatkan prosedur, teknik dan peralatan yang lazim digunakan di dalam proses pemuliharaan sesebuah koleksi. Selari dengan pameran ini, satu siri seminar akan diadakan pada 11 Mac 2010 dari jam 10 pagi ke 1 tengahari dan 22 Mac 2010 dari jam 10 pag ke 12.30 tengahari. Seminar ini adalah percuma dan dibuka kepada orang ramai. Di bawah merupakan tajuk-tajuk ceramah dan pembentangnya.

11 Mac 2010
1. An introduction to Conservation oleh Josephine Atkinson dari Bank Negara Museum
2. Islamic Arts : Definitions and Guidelines for Conservation Ethics oleh Prod Amir Zekrgoo dari UIA
3. Practice of Building Conservation in Malaysia oleh Prof Dr A Ghafar Ahmad dari Department of National Heritage Malaysia
4. Preservation of Low Fired Ceramic Objects at Islamic Arts Museum oleh Rafidah Bahari, Muzium Kesenian Islam

22 March 2010
1. Nuclear and Related Technology for Conservation of Metallic Art oleh Dr Abdul Nassir Ibrahim, Malaysian Nuclear Agency
2. Traditional Preventive Measure n Islamic Heritage oleh Prof Madya Dr Mandana Barkeshli, UIA
3. Improving Coating Systems for Objects oleh Mukhtaruddin Musa, Muzium Kesenian Islam
4. Ottoman Room at the IAMM : Technical Study of its Methods and Materials oleh Idries Trevathan dan Lalitha Thiagarajah, Muzium Kesenian Islam

Mar 10, 2010

Lawatan ke Memorial Tun Razak




Pada 9 March 2010, para pelajar IS 222 seramai 50 orang telah melawat ke Memorial Tun Razak. Berdasarkan laman web Arkib Negara Malaysia, Memorial Tun Abdul Razak, telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 1982. Bangunan memorial ini pada asalnya adalah Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Abdul Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976. Bangunan ini telah dijadikan Memorial Tun Abdul Razak bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara.Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan beliau yang lebih dikenali sebagai “Bapa Pembangunan” dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 (1970 – 1976). Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tujuan lawatan diadakan ialah untuk memperkayakan para pelajar dengan fungsi arkib sebagai penyimpan memori negara, disamping itu para pelajar dapat menerokai khazanah warisan negara. Encik Saladin dari Unit Memorial Tun Razak telah memberikan taklimat kepada para pelajar serta dua orang pensyarah pengiring.