Dec 31, 2008

Misteri atau Bug ?

Di bawah ni saya dapat dari seorang rakan. Boleh cuba di PC masing - masing. Hanya untuk OS Windows sahaja.

Misteri 1:
Kat Pc memasing, sila create new folder dan cuba namakan CON.
Amacam? Boleh?


Misteri 2:
Bukak microsoft word yang baru. Taip: "=rand (200, 99)" tanpa pembuka dan penutup kata ("). pastu tekan enter button.
Haaaaa kuar apa tu?
(setiap pc mempunyai hasil yang berlainan)

Misteri 3:

Bukak Notepad.

Type "Bush hid the facts"

(tanpa pembuka dan penutup kata)

Save guna apape je file name.

Close.

Open semula file tu..

Haaa... kuar apa pulak..

Misteri 4:

pennguna window XP - nak menang solitaire dgn satu langkah?
tekan ALT + SHIFT + NO 2 ( SERENTAK)

--- Saya mencuba misteri misteri yang diberikan di atas, hasilnya untuk misteri nombor 1 memang tidak boleh saya lakukan. Untuk misteri nombor 2, hasilnya memang menakjubkan. Untuk misteri nombor 3, tiada apa apa yang berlaku dan misteri no.4 pula gagal dilaksanakan kerana saya pengguna Vista.

Dec 21, 2008

Gangguan Internet

Menurut The Star Online, kabel internet dasar laut antara selatan Itali dan utara Mesir mengalami kerosakan dan ianya memberi kesan terhadap perkhidmatan internet di Malaysia. Menurut TM, akses kepada laman web di Eropah akan menjadi perlahan. Perkhidmatan dijangka pulih pada 31 Disember 2008.

Perkhidmatan internet yang sememangnya lembab di Malaysia akan semakin bertambah lembab akibat kerosakan ini.

Dec 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Agak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Warga FPM bercuti panjang kerana ramai yang menyambung cuti sehingga selepas hari keputeraan Sultan Selangor pada Khamis ini. Beberapa orang pensyarah baru telah melaporkan diri ke FPM, antara yang saya kenal ialah Encik AP-Azli (AP) yang merupakan bekas pelajar saya. Beliau akan berada di dalam program IS222. Encik AP-Azli merupakan graduan diploma kita di Segamat sebelum memperolehi ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di FPM, Puncak Perdana. Encik AP pernah bekerja di sebuah syarikat perisian pengurusan rekod. Seorang lagi yang saya kenali ialah Puan Hasnah Hashim, yang merupakan rakan sekelas saya ketika di UiTM dahulu. Puan Hasnah mempunyai blognya sendiri iaitu Has -My World . Puan Hasnah mempunyai pengalaman yang luas kerana pernah bekerja di beberapa tempat, antaranya ialah di HDC. Puan Hasnah akan menyertai program IS221.

Dec 1, 2008

Empat kakitangan Perpustakaan Kelantan terbunuh

Gambar mangsa kemalangan dari kiri : Wan Mustafa, Nik Farah, Anidah dan Munirah. (Gambar diambil dari Kosmo Online)

KUALA KRAI 30 Nov. - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan terbunuh setelah kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di kilometer 107 Jalan Kota-Bharu Gua Musang 4.20 petang ini.

Mereka yang terbunuh dalam nahas ketika hujan itu ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56, Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33, Anidah Mohamad, 55, dan Munirah Mohamad,44.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu setelah selesai urusan tugas di Kuala Kumpur. Kesemua mereka meninggal di tempat kejadian. - Utusan

Gambar dari Berita Harian Online

-- menurut En Azmi, pensyarah kanan program IS220, arwah Munirah Mohamad merupakan rakan sekelasnya ketika di ITM, sementara arwah Nik Farah serta Anidah juga merupakan graduan program kita ketika zaman ITM. Al Fatihah .