Aug 31, 2008

Program I Rec 29 - 31 Ogos 2008

Program I Rec telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Klang. Ketika mengunjungi program tersebut pada sebelah pagi hari Sabtu, semangat pelajar - pelajar ini begitu tinggi dan majoritinya berkeadaan ceria. Terima kasih kepada pensyarah penasihat, Cik Ezza dan juga pasukannya kerana menjayakan program ini.
Update : Klik di sini untuk melihat gambar sekitar program (Broken Link sebelum ini telah diperbetulkan, jika masih terdapat broken link sila hubungi saya)

Bendera Malaysia dipasang di Komples Rakan Muda sempena kemerdekaan.

Aug 30, 2008

Virtual Keyboard

Apa itu virtual keyboard? Ia boleh ditakrifkan sebagai satu perisian yang berfungsi seperti keyboard di komputer kita. Pengguna akan menaip karakter menggunakan perisian virtual keyboard dimana seseorang itu akan menggerakkan cursor dan 'mouse click' ke atas karakter yang dikehendaki. Maklumat lanjut mengenai virtual keyboard boleh didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/Virtual_keyboard.

Kenapa kita gunakan virtual keyboard? Pada kebiasaannya, penggunaan virtual keyboard ialah untuk mengelakkan password kita dicuri menerusi kaedah keylogger (sejenis perisian yang merekodkan setiap karakter yang ditekan di atas keyboard komputer). Maklumat lanjut keylogger boleh didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/Keylogger.

Perisian Kaspersky Internet Security 2009 mempunyai perisian Virtual Keyboard yang boleh digunakan setiap kali kita ingin memasukkan username dan password kita. Ia boleh digunakan untuk semua laman web termasuklah e-mel, internet banking. Harga Kaspersky Internet Security 2009 ini ialah RM79/- (harga di Digital Mall, PJ) dan kita akan diberikan lesen penggunaan untuk setahun.

Dibawah adalah contoh virtual keyboard yang saya gunakan di Microsoft Vista saya.

Aug 19, 2008

Program Family Day dan Integrasi Komuniti Rekod


Pada 29 Ogos - 31 Ogos 2008, bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang, Selangor, akan berlangsung aktiviti hari keluarga di antara para pensyarah dan pelajar dari program Pengurusan Rekod Fakulti Pengurusan Maklumat. Di antara objektif program ini ialah untuk meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dan mengeratkan jalinan silaturrahim antara pensyarah dan pelajar.
Pelbagai acara menarik akan dianjurkan seperti Night Walk, Extreme Games, Explorace dan Malam Kebudayaan. Semoga program ini sukses.

Aug 1, 2008

Luciana Duranti


Pada 25 Julai 2008, satu ceramah berkenaan bidang pengurusan rekod dan arkib telah diadakan di Bilik Seminar Fakulti di mana penceramahnya ialah Professor Luciana Duranti dari University of British Columbia, Canada. Menurut biodata Prof Duranti yang diperolehi dari laman web University of British Columbia, beliau telah mula mengajar di dalam bidang arkib sejak tahun 1987. Sebelum berpindah ke Canada, beliau merupakan penyelidik dan Professor di University of Rome juga dalam bidang arkib (1982 - 1987), berkhidmat di Arkib Roma (1978-82), dan juga pernah berkhidmat di Italian National Research Council (1974 - 77).

Professor Luciana Duranti juga merupakan Project Director kepada projek InterPARES. Maklumat mengenai InterPARES boleh diperolehi dari laman web www.interpares.org .


GAMBAR GAMBAR SEKITAR CERAMAH PROF DURANTI
Para hadirin menanti kehadiran Prof Duranti, termasuklah Tuan Dekan.

Jurugambar Fakulti sedang mencari sudut yang menarik.

Professor Duranti sedang memberi ceramah di Fakulti.

Antara pelajar-pelajar saya yang turut hadir.