Jul 26, 2008

ICA 2008 Exhibition


Saya berkesempatan mengunjungi pameran sempena ICA 2008 di KLCC Convention Center pada Khamis 24 Julai 2008. Saya tiba sekitar jam 12. Pameran yang berlangsung amat menarik perhatian, banyak maklumat tentang situasi terkini dunia rekod dan arkib dapat diperolehi. Ada beberapa booth yang menarik perhatian saya, antaranya TRIM Software, kerana dua bekas pelajar saya bekerja di booth itu. Booth kedua pula ialah Family Search (familysearch.org), seronok berbual dengan petugas booth, seorang warga Amerika bernama Dr.Melvin, tentang genealogy archives. Antara yang menarik di booth itu ialah lokasi arkib di Salt Lake City yang terletak di dalam gunung. Menurut Dr.Melvin, Family Search berada di bawah naungan The Genealogical Society of Utah dan merupakan sebuah pertubuhan berkonsepkan Non Profit Organization. Sebuah booth yang mempamerkan alat untuk fumigation juga menarik perhatian saya. Ia merupakan produk Korea dan diuruskan oleh sebuah syarikat tempatan (www.gemilangzamrud.com). Saya seterusnya singgah lama di sebuah booth yang mempamerkan mesin untuk menukar digital format kepada microfilm. Banyak perkara yang saya bualkan dengan Mr Kelvin yang merupakan pengurus produk tersebut.


Sempat juga saya snap beberapa imej KLCC dan oleh kerana gambar KLCC dah bersepah di internet, maka saya olah kembali imej tersebut menggunakan Lightroom supaya ianya kelihatan berbeza.

Azwan posing depan pintu masuk KL Convention Center

Encik Mus terjumpa pelajar - pelajarnya

Puan Diana dan bakal Dr Farik kita pun ada kat sana

Jul 24, 2008

Ceramah BPR di Puncak Perdana


Pada hari Rabu 23 Julai 2008, satu ceramah dari pihak Badan Pencegah Rasuah telah berlangsung di bilik seminar FPM. Ceramah yang dihadiri oleh kakitangan UiTM Puncak Perdana, termasuklah kakitangan FPM, kakitangan keselamatan, kakitangan Pusat Kesihatan dan Kolej bermula kira-kira jam 9.00 pagi.

Jul 21, 2008

Koridor FPM di HDR kan



Saya telah mengambil gambar di kawasan koridor ini menggunakan kamera Nikon D60 saya serta tripod ketika musim cuti yang lepas. Tiga keping gambar dirakamkan menggunakan tiga exposure yang berbeza iaitu 0EV, +1 EV dan -1EV. Kemudian saya gabungkan ketiga-tiga gambar ini menggunakan software untuk mendapatkan hasil seperti HDR. Saya touch up sedikit menggunakan Adobe Lightroom.

Jul 19, 2008

Teknik HDR





Teknik HDR (High Dynamic Range) dalam fotografi membolehkan gambar seperti di sebelah ini tercipta. Sebenarnya, jika menggunakan kamera, memang sukar untuk mendapatkan imej sedemikian. Jadi untuk mendapatkan imej HDR ini, tiga keping gambar (gambar menara Eiffel ini diambil dari laman web HDRSoft) akan dirakam menggunakan tiga mode yang berbeza. Dalam istilah fotografi ianya dipanggil bracketing, dimana gambar-gambar akan diambil dalam tiga exposure (pendedahan cahaya) yang berbeza, satu positif (dibiarkan terlebih cahaya), satu neutral dan satu lagi negatif (dibiarkan kurang cahaya). Sesebuah kamera hendaklah mempunyai fungsi exposure dan ini biasanya boleh didapati pada kamera DSLR.


Contoh tiga keping gambar adalah seperti di bawah :-Kemudia gambar-gambar ini akan diproses menggunakan software HDR seperti Photomatix. Di bawah merupakan satu contoh gambar yang menggunakan single exposure dan diproses di dalam Adobe Lightroom untuk mendapatkan pelbagai exposure sebelum diproses lagi menggunakan Photomatix untuk mendapatkan efek HDR.

Jul 16, 2008

Fotografi


Hobi baru saya ialah fotografi. Ianya bermula secara kebetulan apabila isteri saya berminat dengan bentuk kamera DSLR. Saya kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang perbezaan DSLR dan kamera digital lama saya iaitu Sony Cybershot dan mendapati beberapa perbezaan yang ketara terutama dari segi kualiti gambar.

Saya pernah mendengar ungkapan photo speaks a thousand words. Bagi saya, sekeping foto itu boleh memberikan kita pelbagai kisah dan maklumat. Saya sendiri gemarkan bahan bacaan yang bergambar, dan kita suka melihat gambar - gambar yang cantik. Kadangkala, sesuatu pemandangan yang sering kita lihat di hadapan kita, akan menjadi luar biasa jika kita bijak menggambarkannya melalui kamera.

Berbalik kita kepada DSLR ini, seorang rakan mengungkapkan kepada saya, 'Selamat Datang ke Hobi Yang Mahal'. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa beliau merujuk kepada kamera DSLR yang rata-ratanya berharga RM 2000 ke atas. Namun setelah memiliki DSLR, baru lah saya sedar bahawa aksesorinya mahal-mahal belaka. Lensanya boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit. Kit Lense ataupun Lensa yang diberikan kepada saya ketika membeli kamera memang sudah cukup bagus untuk mengambil kebanyakan gambar, namun jika saya ingin mengambil gambar kandid, saya perlukan lensa yang lebih panjang dan harganya juga mahal. Dan jika saya ingin pula mengambil gambar makro, terpaksalah membeli lensa lain yang berharga ratusan atau ribuan ringgit.

Jul 15, 2008

ICA di Kuala Lumpur

ICA akan menganjurkan konferen di Kuala Lumpur dari 21 Julai hingga 27 Julai 2008. Ini merupakan satu peluang yang baik kepada saya dan rakan - rakan untuk menimba sebanyak mana pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang pengurusan rekod dan arkib.

ICA merupakan singkatan bagi International Council of Archives dan maklumat mengenai ICA boleh di dapati di laman web http://www.ica.org

Konferen ICA di Kuala Lumpur akan dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia. Maklumat mengenai Konferen ICA di Kuala Lumpur boleh didapati di dalam laman web http://www.kualalumpur2008.ica.org/.

Jul 12, 2008

Kandang Puncak Perdana



Tempat makan yang popular di Puncak Perdana dipanggil Kandang Kuda ataupun nama pendeknya, Kandang. Ia menempatkan beberapa warung dan gerai makan, antara yang popular di kalangan staf FPM ialah gerai Pak Halim. Selain dari warung dan gerai makan, ianya juga menempatkan kedai - kedai yang menawarkan perkhidmatan seperti kedai runcit dan kedai perkhidmatan fotostat. Sebelum wujudnya KANDANG, rumah-rumah di sekitar kampus diubahsuai menjadi gerai, kedai fotostat dan kedai runcit.

Kenapa kawasan ini digelar Kandang? Sebenarnya, gerai-gerai di situ merupakan penempatan sementara yang dibina oleh pihak MBSA, dan kebetulan pula rekabentuknya seperti kandang kuda, maka ianya digelar Kandang. Mungkin ianya boleh dikomersilkan lagi menjadi KANDANG FOOD COURT ataupun KANDANG Shopping Center.

Blog dan Blog dan Blog

Blog kedua saya, menggunakan bahasa kebangsaan kita dan juga sedikit English terms, diwujudkan sebagai satu pelantar yang lebih berteraskan pengetahuan, ilmu dan juga aktiviti, berbeza dengan blog saya yang satu lagi, yang lebih berbentuk peribadi.